Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Satu tumpas tiga lagi diburu

Ramli (tengah) menunjukkan pistol yang digunakan suspek.

KOTA KINABALU: Seorang lelaki yang ditembak mati dalam satu operasi
di Taman Sri Gayang, dekat sini, malam tadi dipercayai merupakan dalang kepada satu kejadian samun yang berlaku di Keningau pada 17 Mac lepas yang membabitkan nilai kerugian sebanyak RM590, 000.00.

Menurut Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Ramli Din, dalam kes berkenaan seramai empat orang suspek telah terlibat dan dipercayai suspek juga mempunyai 10 rekod jenayah lampau.

“Salah seorang suspek yang dipercayai dalang dalam kes berkenaan maut ketika operasi yang dijalankan semalam selepas suspek melepaskan tembakan ke arah polis.”

“Pihak polis masih memburu tiga lagi rakan suspek, “katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, di sini, hari ini.

Kejadian jam 7 malam itu, suspek terbabit dikatakan mengeluarkan sepucuk pistol lalu melepaskan beberapa das tembakan ke arah pasukan polis yang terdahulu melakukan serbuan di taman perumahan berkenaan.

Anggota polis yang terbabit kemudiannya turut melepaskan tembakan lalu terkena tubuh suspek dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ramli turut menyatakan, pemeriksaan ke atas rumah suspek turut menemui syabu seberat 3.7 kg dengan nilai dianggarkan RM300,00.00, alat pecah rumah, sebuah kereta proton saga, pisau, dan kapak.

“Kumpulan suspek juga dipercayai menyamar sebagai tukang paip untuk melakukan samun dan jika didapati rumah berkenaan tidak berpenghuni mereka akan memecahkan pintu rumah berkenaan,”katanya.

Tambah Ramli dua orang saksi yang dikenali sebagai Kevin dan Ah Fong turut diminta tampil untuk membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 397 dan Seksyen 395 Kanun Keseksaan.

Mengulas mengenai indeks jenayah yang berlaku sejak Januari hingga Mac tahun ini jumlah kes menunjukkan peningkatan sebanyak 160 kes iaitu 1496 kes berbanding hanya 1336 kes bagi waktu yang sama pada tahun lalu.

“Walaupun kes jenayah didapati meningkat namun dari indeks penyelesaian ia juga menunjukkan peningkatan iaitu sebanyak 61.1 peratus kes berjaya diselesaikan pada tahun ini berbanding bagi tempoh yang sama pada tahun lalu hanya 54.72 peratus,”katanya.-Oleh Leolerry Lajius/SayangSabah

Saksi yang dikehendaki polis.

 

Saksi yang dikehendaki polis.

Komen


Berita Berkaitan