Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Satu maut, dua cedera dalam kemalangan di Jalan Coastal

Pihak berkuasa memantau kerja mengeluarkan sebuah kenderaan yang terjunam ke dalam longkang besar pada awal pagi Isnin.
Pihak berkuasa memantau kerja mengeluarkan sebuah kenderaan yang terjunam ke dalam longkang besar pada awal pagi Isnin.

KOTA KINABALU – Seorang pemandu lelaki maut manakala dua yang lain cedera selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas sebelum terjunam dan terbalik ke dalam sebuah longkang besar berhampiran Grace Court, Jalan Coastal di sini pada jam 3.00 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner M.Chandra hari ini berkata, kemalangan berkenaan telah mengakibatkan ketiga-tiga lelaki berumur 24 hingga 32 tahun itu terperangkap di dalam kenderaan yang terbalik dengan empat tayar di atas.

“Siasatan awal polis mendapati kejadian itu disebabkan kecuaian pemandu yang gagal mengawal kenderaan dengan baik sehingga berlakunya kemalangan,” katanya. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Menurutnya, dua lelaki berjaya diselamatkan oleh orang awam, manakala seorang lagi mangsa gagal dikeluarkan kerana tersepit di bahagian kerusi pemandu.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Mohd Fadlu Shoh, 24, berasal dari Tawau dan alamat terakhir di Country Height Apartment, Penampang disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.- Ryan Adrian / Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan