Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,808

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Satu mati, satu tangkap

9:42am 30/11/2015 Pak Roshan 5 views Global
POLIS sempadan Israel mengawal bandar lama Baitulmaqdis.

POLIS sempadan Israel mengawal bandar lama Baitulmaqdis.

Baitulmaqdis: Seorang lelaki Palestin menikam polis Israel di Baitulmaqdis semalam sebelum ditembak mati pasukan keselamatan manakala seorang lagi ditahan selepas menikam wanita yang menunggu bas.

Jurucakap polis Luba Samri berkata, dalam kejadian pertama, seorang lelaki Palestin berusia 38 tahun melintas di depan dua anggota polis yang mengawal pintu masuk ke bandar lama Baitulmaqdis sebelum melaungkan ‘Allahu Akbar’ sebelum menikam seorang di tengkuk, menyebabkan lelaki itu cedera.

Bagaimanapun, anggota lain melepaskan tembakan menyebabkan penyerang itu terbunuh.

Beberapa jam kemudian, seorang wanita ditikam pada belakangnya ketika menunggu bas di Baitulmaqdis.

Luba berkata, wanita warga asing itu dikejarkan ke hospital dan polis memburu penyerangnya, seorang remaja yang ditemui bersembunyi di kawasan tapak pembinaan tidak jauh dari situ.

Ketegangan berlaku sejak pertengahan September lalu berikutan ketegangan di Masjid Al-Aqsa.

Sejak itu, 19 orang Israel terbunuh dalam serangan orang Palestin manakala sekurang-kurangnya 97 Palestin pula terbunuh termasuk 62 didakwa Israel sebagai penyerang. Selebihnya maut dalam pertempuran dengan tentera Israel.

Israel mendakwa keganasan berlaku akibat video bersifat hasutan disebarkan di media sosial. Kebanyakan orang Palestin terbabit dalam serangan berusia remaja atau awal 20-an.

Penduduk Palestin bagaimanapun berkata, keganasan berlaku akibat rasa kecewa dengan penjajahan Israel selama lebih setengah abad yang tidak nampak penyudahannya.

Sementara itu, tentera Israel menyerbu stesen radio Palestin di Hebron, semalam, dan merampas peralatan didakwa digunakan untuk menyiarkan propaganda menyerang Israel.

Tentera berkata, stesen radio ‘Dream’ ditutup – kali ketiga tindakan seumpama itu terhadap stesen di Hebron.

Menurut pihak tentera, stesen itu ‘berulang kali menyiarkan perkara yang menggalakkan keganasan dan perbuatan ganas’ terhadap orang Israel.- AFP/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan