Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Satu lagi mayat nahas helikopter ditemui

PASUKAN mencari dan menyelamat bersiap sedia meneruskan usaha pencarian di permukaan air di bahagian hulu Sungai Batang Lupar, berhampiran kawasan Lingga, pagi ini. - Foto ihsan Bomba Sarawak
PASUKAN mencari dan menyelamat bersiap sedia meneruskan usaha pencarian di permukaan air di bahagian hulu Sungai Batang Lupar, berhampiran kawasan Lingga, pagi ini. – Foto ihsan Bomba Sarawak

SRI AMAN: Seorang lagi mangsa nahas helikopter ditemui di kawasan hilir Sungai Batang Lupar berdekatan jeti Lingga, di sini oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR), pagi ini.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat berkata, ketika ini usaha membawa keluar mangsa yang baharu ditemui, untuk ke jeti berhampiran kawasan Lingga, masih giat dijalankan.

Katanya, bomba akan memaklumkan dari semasa ke semasa perkembangan mencari baki mangsa yang masih hilang di pusat operasi SAR di Lingga, Sri Aman.

Mangsa ditemui pada kira-kira jam 8.30 pagi dan identiti mangsa kedua nahas itu masih belum dikenal pasti. – BH Online

ANGGOTA bomba membawa bangkai helikopter yang terhempas di Sungai Batang Lupar ke jeti Feri Sebuyau, semalam. - Foto BERNAMA
ANGGOTA bomba membawa bangkai helikopter yang terhempas di Sungai Batang Lupar ke jeti Feri Sebuyau, semalam. – Foto BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan