Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Satu Keluarga Tinggal Sehelai Sepinggang Rumah Musnah Terbakar Di Kunak

12:30am 26/07/2016 Pak Roshan 936 views Mutakhir,Tawau,Tempatan
bomba 20

gambar hiasan

KUNAK : Biarpun hilang tempat tinggal dan sehelai sepinggang, seorang bapa bersyukur anggota keluarganya yang lain terselamat selepas rumah mereka musnah terbakar di Kampung Buang Sayang dekat sini hari ini.

Hajais Harrun, 31, berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 8.30 pagi ketika beliau bersama isteri dan anak bongsunya hendak ke hospital sebelum terdengar jeritan anak-anaknya Mastika, 8, dan Ehwan, 3, dari arah dapur.

Beliau kemudian bergegas memasuki rumah dan apabila sampai di dapur, api telah merebak ke dinding rumahnya.

“Saya panik dan tidak dapat menyelamatkan apa-apa barangan kecuali dokumen sendiri, isteri dan anak bongsu kerana api merebak terlalu cepat,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di tempat kejadian.

Beliau yang telah tinggal di rumah tersebut hampir lima tahun bersama enam anak berusia dua hingga 15 tahun dan isteri, Aminah Sabar reda dengan dugaan yang menimpa.

Seramai 17 anggota dan tiga kereta utiliti dari Balai Bomba dan Penyelamat Kunak bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.45 pagi dan operasi tamat sejam kemudian.

Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan