Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

`Satu Kawasan Rukun Tetangga Satu Industri’ diperkenal bantu jana ekonomi KRT

Jainab Ahmad menyampaikan watikah pelantikan AJK KRT Taman Putera Perdana Telipok.
Jainab Ahmad menyampaikan watikah pelantikan AJK KRT Taman Putera Perdana Telipok.

TELIPOK – Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna negeri akan memperkasa usaha `Satu Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Satu Industri’ bagi membantu sektor ekonomi di setiap KRT di negeri ini.

Menterinya, Datuk Jainab Ahmad berkata, langkah itu sejajar dengan kewujudan Koperasi KRT yang akan merancakkan lagi aktiviti ekonomi dan mampu memberikan pendapatan kepada masyarakat di setiap kampung mahupun kawasan perumahan.

“Sudah tiba masanya untuk bergerak seiring dengan peredaran masa dan perlu bersaing dengan bangsa lain untuk memajukan diri, keluarga dan masyarakat. Peranan KRT harus diperkasakan untuk memacu ekonomi rakyat agar mampu menghadapi kenaikan taraf hidup pada masa sekarang,” katanya ketika berucap merasmikan KRT Taman Putera Perdana, Telipok, di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau menggesa pengerusi-pengerusi KRT agar bergerak aktif bersama masyarakat membangunkan kawasan untuk kebaikan bersama serta bijak menggunakan peluang yang ada untuk membantu masyarakat.

Misalnya, mereka perlu mencari keistimewaan dan mempromosikan KRT dalam laman sosial kerana dengan cara itu, kebergantungan kepada produk-produk luar negara dapat dikurangkan bagi memberi ruang dan peluang kepada produk-produk tempatan.

Katanya, kewujudan Koperasi KRT akan merancakkan lagi aktiviti dan memberikan nilai tambah kepada industri yang bakal diceburi, misalnya dalam kepelbagaian makanan, kraftangan dan banyak lagi. – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan