Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Satu kaki gergasi

KAKI Matilda kini bersaiz normal selepas menjalani pembedahan untuk membuang tisu, tulang dan saraf berlebihan. Gambar kecil, Matilda (kiri) sentiasa positif. FOTO DM
KAKI Matilda kini bersaiz normal selepas menjalani pembedahan untuk membuang tisu, tulang dan saraf berlebihan. Gambar kecil, Matilda (kiri) sentiasa positif. FOTO DM

Melbourne: Seorang wanita menghidap penyakit pelik yang menyebabkan kaki kanannya membesar tidak sempurna sehingga cacat manakala jarinya bercantum.

Matilda Carnegie, 18, yang juga kurang upaya pendengaran dan menghidap masalah neuromuskular yang mengakibatkan kecelaruan kemahiran motor bagaimanapun sentiasa bersikap positif dan enggan membiarkan isu kesihatannya melemahkannya.

Wanita itu aktif menyertai pertandingan dressage walaupun doktor pernah memberitahu ketika dia berusia empat tahun yang dia tidak mungkin dapat berjalan.

“Kaki kanan saya tiga kali ganda saiz kaki kiri. Keadaan saya ini memang sangat teruk sebenarnya, apabila semua jari pada kaki kanan melekat selain saiz kaki yang terlalu besar berbanding badan saya. Kaki itu langsung tidak boleh berfungsi.

“Saya cuma mempunyai dua jari pada kaki kanan menyebabkan saya malu menunjukkan kaki di khalayak ramai ketika kecil, termasuk enggan memakai selipar. Namun kini saya tidak peduli. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan