Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

SATU BLOK KONGSI, DUA RUMAH DAN DUA KENDERAAN MUSNAH DIJILAT API DI BONTOI, JALAN KOKOL

Anggota bomba memadamkan kebakaran yang berlaku kebakaran di Kampung Bontoi, Jalan Kokol, Manggatal. Gambar SNT/Ehsan JBPM Sabah

KOTA KINABALU: Seorang lelaki cedera dalam satu kebakaran yang memusnahkan satu blok rumah 10 pintu, dua buah rumah di Kampung Bontoi, Jalan Kokol, Menggatal tidak jauh dari sini hari ini.

Turut musnah dua buah kenderaan dalam kebakaran lebih kurang jam 4 petang.

Dua pasukan dari balai bomba Lintas dan Kota Kinabalu dikejarkan ke lokasi kejadian selepas panggilan kecemasan diterima pada jam 4.11 petang.

Seramai 17 orang pegawai dan anggota yang diketuai PBK II Laupen Nuar bersama dua buah jentera, dua water tanker dan satu unit EMRS tiba di lokasi kejadian untuk memadamkan api pada jam 4.26 petang.

Anggota bomba memadamkan kebakaran yang berlaku kebakaran di Kampung Bontoi, Jalan Kokol, Manggatal. Gambar SNT/Ehsan JBPM Sabah

Menurut laporan Komander Operasi, kebakaran melibatkan blok (10 pintu) rumah jenis tidak kekal dan dua buah rumah jenis kekal dengan anggaran keluasan keseluruhan kawasan 10,000 kaki persegi yang musnah dijilat api.

Anggota EMRS merawat seorang mangsa yang melecur pada bahagian pipi ketika berlaku kebakaran di Kampung Bontoi, Jalan Kokol, Manggatal. Gambar SNT/Ehsan JBPM Sabah

Lelaki yang cedera itu dirawat untuk kesan melecur di bahagian muka walaubagaimanpun tiada kematian dilaporkan dalam insiden tersebut.

Api berjaya dikawal pada 5.10petang dan disambung operasi pemadaman bara-bara api. Anggaran kos kerugian dan punc kebakaran masih dalam siasatan.-SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan