Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,647

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Satu bas dibawanya

9:14pm 26/09/2016 Pak Roshan 3577 views Jenayah,Mutakhir
BAS yang ditahan disyaki membawa PATI di Hentian Balung, Tawau. FOTO Norasikin Daineh

BAS yang ditahan disyaki membawa PATI di Hentian Balung, Tawau. FOTO Norasikin Daineh

Tawau: Polis menahan 31 individu termasuk dua lelaki disyaki mengurus kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) ke Tawau, di Hentian Balung, tengah malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata, tangkapan dibuat pada 12.30 malam selepas sepasukan anggota polis mengekori sebuah bas disyaki membawa PATI dari Indonesia.

“Ketika tiba di Hentian Balung, polis menahan bas terbabit €Ždan hasil pemeriksaan terdapat penumpang berusia antara dua hingga 50 tahun terdiri daripada 26 lelaki dan wanita dewasa bersama lima kanak-kanak.

“€ŽTurut ditahan dua lelaki disyaki sebagai penyeludup mengurus kemasukan (PATI) sebagai pekerja ke beberapa daerah lain berhampiran Tawau,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau, di sini, hari ini.

Fadil berkata, dua individu ditangkap mengikut Akta Anti Pemerdagangan Orang Dan Penyeludupan Migran 2010 kerana disyaki menguruskan Migran manakala PATI yang lain ditangkap di bawah sekyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963. – myMetro Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan