Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,803

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Satu badan, dua kepala

10:12am 20/01/2016 Pak Roshan 368 views Global
KEMBAR yang berkongsi jantung, paru-paru dan perut.

KEMBAR yang berkongsi jantung, paru-paru dan perut.

New Delhi: Seorang wanita yang melahirkan kembar siam lelaki diberitahu dua anaknya itu kemungkinan tidak hidup lama.

Kembar yang dilahirkan di hospital di Kanpur, utara India itu mempunyai dua kepala, tetapi berkongsi badan.

Anita Kumar, 30, berkata, hatinya luluh selepas melahirkan anak yang disifatkannya tidak ubah seperti makhluk asing.

Kembar seberat 2.9 kilogram itu dilahirkan 16 Januari lalu. Kepala, leher dan tulang belakang mereka berasingan, tetapi kedua-duanya berkongsi jantung, perut serta paru-paru.

Doktor di hospital itu, Rishi Rajput berkata: “Sukar untuk mereka hidup. Jantung mereka terlalu lemah. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan