Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Sastera Sabah: Puisi etnik

museum
Dari kiri Latifah, Raymond, Katherina dan Jasni

KOTA KINABALU- Golongan penulis tempatan semakin menjadi tumpuan masyarakat dengan anjuran pelbagai aktiviti termasuklah seminar, bengkel-bengkel penulisan sama ada di dalam negeri mahupun luar negara.

Terdapat beberapa penulis tempatan yang semakin dikenali ramai melalui penulisan cerpen dan sajak di akhbar-akhbar tempatan dan ada juga beberapa orang penulis telah menulis dan menerbitkan buku untuk pasaran tempatan.

Selain itu, terdapat juga beberapa aktiviti yang mendedahkan para penulis itu ke perhatian orang ramai. Diantaranya ialah sesi wawancara menerusi media sosial seperti Youtube, dan dijangkakan bahawa mereka akan muncul di media- media tempatan.

Baru-baru ini, seramai empat orang penulis telah terlibat dalam klip video yang diambil oleh Sayang Sabah Portal Berita di Kg Budaya, Muzium Negeri Sabah, di sini. Diantaranya ialah Katherina Tati Sitaim, Raymond Majunah, Latifah Osman dan Jasni Yakub.

Dalam klip video tersebut turut ditunjukkan seni bina tradisional negeri ini seperti Rumah Panjang kaum Rungus, Rumah Tambunan, Rumah Panjang kaum Murut dan Lotud serta Rumah Bajau. Ia bertujuan untuk mempamerkan norma-norma masyarakat pelbagai kaum di negeri in kepada penonton, di mana ia bukan sahaja akan menghiburkan malahan memberi pengetahuan serta mendidik masyarakat berkenaan sejarah negeri ini.

Sehubungan itu, Pengarah Muzium Negeri Sabah, Sintiong Gelet berkata kesemua aktiviti yang dianjurkan oleh pihak muzium akan meningkatkan semangat dan menghargai budaya dan alam sekeliling di samping memasarkan produk muzium sebagai produk pelancongan serta memulihara artifak yang mempunyai nilai sejarah kepada negeri ini. – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan