Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,775

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Saspek yang terlibat dengan kes di UUC ditahan

5:45pm 27/07/2016 Leolerry Lajius 186 views Jenayah,Tempatan

 

KOTA KINABALU; Saspek yang terbabit dengan kes mencederakan seorang wanita  di apartment University Utama Condominium, Telipok ditahan pihak polis.

Menurut Ketua Polis Daerah ACP M.Chandra, saspek ditahan di tempat mencuci kereta tidak bernombor di Kampung Salut Manggatal petang kelmarin.

Kejadian berkenaan yang turut menjadi viral di laman sosial dengan mendakwa mangsa telah disamun turut mendapat perhatian orang ramai namun pihak polis menafikan wujud kejadian samun kerana kes dipercayai disebabkan oleh masalah peribadi mangsa dan saspek.

Saspek yang berusia 21 tahun, tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan tinggal di UCA Manggatal ditahan bagi membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan