Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Saspek samun dan cabul di Taman Awam Teluk Likas ditahan

Saspek yang terbabit dalam kes berkenaan ditahan pihak polis.

KOTA KINABALU: Tiga orang suspek yang terbabit dalam satu kes samun dan cabul di Taman Awam Teluk Likas yang berlaku pada 4 Julai lalu, berjaya ditahan pihak polis.

Kesemua suspek lelaki yang berumur antara 16 hingga 20 tahun dan tinggal di sekitar Kampung Likas diburu pihak polis selepas mangsa, wanita warga tempatan berusia 26 tahun membuat laporan polis pada hari kejadian.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP M.Chandra, pada hari kejadian mangsa telah membuat laporan polis selepas mangsa bersama rakannya telah disamun dan dicabul suspek di laluan jogging taman berkenaan.

“Tiga suspek tersebut telah merampas barang milik mangsa dan rakannya iaitu sebuah telefon Bimbit jenis Sony Compact berwarna putih.”

“Sebelum itu semasa berada di tempat letak kereta menghala ke “jogging track” arah pelabuhan Kota Kinabalu, mangsa dan rakannya telah ditegur oleh tiga lelaki yang tidak dikenali di kawasan pentas taman tetapi tidak diendahkan oleh mangsa dan meneruskan perjalanan untuk ke “jogging track”. “

“Lebih kurang 5 minit selepas melakukan senaman memanaskan badan, mangsa dan rakannya terus memulakan larian jogging dan apabila sampai di satu kawasan lapang yang mempunyai kerusi tempat berehat, mangsa telah nampak 3 lelaki yang telah menegur mereka berada di kawasan tersebut,”katanya dalam satu kenyataan kepada media.

Chandra turut menyatakan, lebih kurang tiga hingga empat minit mangsa melalui kawasan tempat ketiga-tiga saspek tersebut berada, tiba-tiba mangsa dan rakannya itu telah dipeluk daripada arah belakang oleh dua orang daripada tiga suspek.

“Mangsa kemudian terus bertindak menyiku saspek tetapi tidak berjaya melepaskan diri. Manakala seorang lagi rakan saspek telah merampas telefon bimbit yang dipegang oleh mangsa. Mangsa juga melihat, rakannya turut dipeluk oleh salah seorang lagi saspek.”

“Mangsa telah meronta sehingga dapat melepaskan diri dan telah melarikan diri bersama dengan rakannya kearah tempat kereta diletakkan dan terus melarikan diri bersama dengan rakannya dan telah datang ke balai polis Kota Kinabalu untuk membuat laporan polis,”katanya.

Selepas menerima laporan, pihak polis telah melancarkan gerakan mengesan ketiga tiga suspek dan bertindak atas maklumat, dua siri serbuan telah dijalankan oleh pihak polis pada 11 Julai antara jam 6.00 hingga 11.30 malam di sekitar Kampung Likas, Kota Kinabalu.
Tambah Chandra, berikutan kejadian berkenaan, pihak polis telah membuat ‘target hardening’ di sepanjang Taman Awam, Teluk Likas dengan menempatkan anggota polis meronda secara tetap dan berterusan selama 24jam.

“Pemeriksaan aggresif di jalankan terhadap pengunjung pengunjung taman yang meragukan dan tangkapan pencegahan akan dibuat jika perlu.”

“Pihak polis juga akan membuat rondaan dengan menggunakan basikal (BIKE PATROL) dibantu oleh anggota DBKK & PVR (Sukarelawan polis),”katanya.

Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan.-Oleh Leolerry Lajius/SayangSabah

Penerangan yang dimuat naik mangsa ke akaun facebooknya.

Komen


Berita Berkaitan