Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

SASAR DUA BULAN BEBAS SELSEMA BURUNG:JUNZ WONG

KOTA KINABALU:  Kerajaan sedang bekerja sepanjang masa untuk memastikan wabak selesma burung di Kampung Kauluan terkawal dengan dua bulan disasarkan untuk mendapatkan pengisytiharan bebas selsema burung.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Junz Wong berkata seramai 471 penduduk kampung telah dikenalpasti bermastautin dalam lingkungan 1km dari tempat penyakit selesma burung dikesan.

Katanya kedudukan mereka tidak berselerak seperti kelihatan dalam peta Kampung Kauluan adalah agak terpencil dan terasing iaitu lebih kurang 3km dari kawasan yang mempunyai ramai penduduk.

Dalam satu kenyataan akhbar hari ini, Junz berkata Pasukan Petugas Khas telah menyita kawasan dalam lingkungan 1km dari ladang yang telah dikesan dan akan mula  memusnahkan semua ayam esok hari.

Anggaran bilangan ayam yang akan dimusnahkan ialah 28,000 ekor tidak termasuk ayam-ayam yang diternak oleh penduduk kampung.

Menurut beliau, ladang-ladang kecil milik penduduk kampung yang dalam lingkungan kawasan dijangkiti juga akan dimusnahkan.

Pegawai-pegawai di Bilik Operasi akan membantu untuk menyimpan rekod bagi tujuan tuntutan, katanya.

Junz berkata sebanyak enam unit survelan diketuai doktor-doktor pakar dalam sains vetrerinar, bergerak di lapangan untuk memeriksa dan membuat ujikaji sekiranya ada ayam yang mati.

Selain itu terdapat lapan unit Kesihatan diketuai oleh doktor-doktor pakar sains kemanusiaan, ditugaskan untuk membuat pemeriksaan kepada individu atau pekerja di persekitaran kawasan serta memantau hasil kajian dan pemeriksaan yang dilakukan, katanya.

“Pemeriksaan kesihatan pusingan pertama telah dibuat terhadap para pekerja ladang dalam lingkungan 1km kawasan yang telah disita dan tiada yang didapati positif bagi jangkitan selesma burung.

“Sebanyak 2 pusat pemeriksaan telah diujudkan bagi mengawal sekiranya ada percubaan oleh seseorang untuk memindahkan ayam mereka dari kawasan yang telah disita ke Tamu atau untuk sebarang tujuan,” katanya.

Junz juga meminta orang ramai agar jangan risau untuk berkunjung ke pekan Tuaran, Tamparuli atau Kiulu kerana Kauluan terletak dalam kawasan terpencil dan terasing lebih dari 5km dari pekan Tuaran.

“Saya mohon orang ramai supaya bertenang dan jangan membuat sebarang spekulasi. Pegawai-pegawai kita sentiasa berada di lapangan dan boleh dihubungi dengan mudah,” katanya.-SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan