Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Sarawak mahu contohi pengurusan hutan mapan Sabah

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem. - foto Ille Tugimin
Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem. – foto Ille Tugimin

KOTA KINABALU – Kejayaan Sabah melaksanakan pengurusan hutan mapan dan program konservasi alam sekitar telah memberi idea kepada kerajaan Sarawak untuk mencontohi usaha negeri ini dalam bidang tersebut.

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem berkata, pihaknya mahu mempelajari teknik-teknik pengurusan hutan di Sabah yang dikendalikan oleh Jabatan Perhutanan Sabah (SFD) sebagai langkah dalam menangani masalah pembalakan haram di kawasan hutan negeri itu.

“Kerajaan Sarawak wajar mengikuti dan mencontohi apa yang telah dilakukan oleh kerajaan Sabah dalam aspek pengurusan hutan mapan.

“Kalau dilihat, dahulunya (pengurusan hutan di Sabah) tidak begitu terkawal dan diuruskan dengan baik, tetapi kini kita menyaksikan berlaku perubahan positif apabila Sabah adalah negeri terbaik di negara ini dari segi pengurusan hutannya kerana berjaya menanam semula sejumlah besar kawasan hutan di negeri ini,” katanya ketika berucap dalam Majlis Makan Malam Bersama Ketua Menteri Sarawak di sini malam ini.

Majlis berkenaan dihoskan kerajaan negeri ini dihadiri Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman dan isteri, Datin Faridah Tussin; isteri Adenan, Datin Patinggi Jamilah Anu; Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Salleh Said; Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Tan Sri Sukarti Wakiman dan menteri-menteri Kabinet negeri serta ketua-ketua jabatan Persekutuan dan negeri.

Begitu juga dengan program konservasi alam sekitar, Adenan turut menyatakan rasa kagum dengan Lembah Danum di Lahad Datu, Sabah yang terkenal dengan kepelbagai ekosistemnya dan menjadi pusat rujukan para saintis dalam dan luar negara.

“Saya mahu mengikuti contoh Danum, saya ingin mewujudkan sebuah kawasan seperti Danum (di Sarawak) untuk memberi saingan kepada Lembah Danum anda di negeri ini,” jelasnya. – oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan