Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,637

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Sarang penagih dan penjenayah akan terus dibanteras

7:19pm 01/02/2016 Leolerry Lajius 758 views Jenayah,Tempatan
Antara yang ditahan ketika operasi tersebut.

Antara yang ditahan ketika operasi tersebut.

KOTA KINABALU: Seramai 31 orang Pendatang Tanpa Izin (PTI) dan seramai empat orang pesalah narkotik yang melakukan kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya ditahan ketika OP Cegah Jenayah IPD Kota Kinabalu.

Operasi selama sembilan jam dengan kekuatan 3 orang pegawai dan 39 orang anggota itu melibatkan lima kawasan iaitu Terminal Bas Inanam, Rumah setinggan Kampung Sinulihan, rumah kongsi dan setinggan bersebelahan dengan Terminal Bas Inanam, Rumah setinggan Kampung Cendrakasih dan tapak pembinaan Pacific City Likas.

Menurut Ketua Polis Daerah ACP M.Chandra tumpuan lokasi operasi adalah di kawasan penempatan yang mempunyai sarang penagih dadah dan berpotensi terlibat dengan kegiatan jenayah.

“Operasi telah dijalankan selama sembilan  jam.  Kesemua tangkapan telah dibawa ke lokap berpusat Kota Kinabalu setelah didokumentasi dan dibuat ujian saringan air kencing di IPD Kota Kinabalu,”katanya.

Kesemua yang ditahan adalah dalam lingkungan 19 hingga 40 tahun.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan