Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Saranan papan tanda jalan guna tiga bahasa

Antara papan jalan yang terdapat di Sabah. - Gambar Hiasan
Antara papan jalan yang terdapat di Sabah. – Gambar Hiasan

KOTA KINABALU – Kerajaan disaran agar menggunakan tiga bahasa pada setiap papan tanda jalan di negeri ini bagi memudahkan pergerakan pelancong asing yang datang melawat.

Presiden Persatuan Hak Asasi Rakyat Sabah, Lee Pun Yee berkata, bahasa yang dicadangkan ialah bahasa Malaysia, Inggeris dan Cina.

“Ada pelancong asing yang tersesat terutama dari China, kerana tidak memahami bahasa Malaysia yang digunakan di papan tanda jalan,” katanya pada pemberita semasa sidang media di Foh Sang, di sini hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata kerajaan perlu membuat kajian terperinci mengenai cadangan tersebut yang dilihat dapat membantu meningkatkan lagi kehadiran pelancong asing ke negara ini.
Oleh NUZIR ANDI SAMSIAR / Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan