Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,799

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

SAR 4 Mangsa Hilang Di Kudat Masuk Hari Ke-9

11:32am 11/05/2016 Pak Roshan 296 views Isu Semasa,Mutakhir
Pasukan penyelam bersedia untuk melakukan operasi menyelam di perairan Kudat bagi mengesan empat individu termasuk tiga pelancong yang hilang sejak 2 Mei lalu. - Foto ihsan APMM

Pasukan penyelam bersedia untuk melakukan operasi menyelam di perairan Kudat bagi mengesan empat individu termasuk tiga pelancong yang hilang sejak 2 Mei lalu. – Foto ihsan APMM

KUDAT – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) empat individu termasuk tiga pelancong yang hilang di perairan Simpang Mengayau di sini, diteruskan walaupun pencarian masuk hari kesembilan hari ini.

Mengikut prosedur operasi standard (SOP) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), operasi SAR sepatutnya ditamatkan pada hari ketujuh berpandukan Manual Maritim Antarabangsa.
Bagaimanapun, Pengarah Maritim Wilayah Sabah dan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Zubil Mat Som, berkata susulan penemuan bangkai dan enjin sangkut bot dinaiki empat individu terbabit pada Ahad lalu, Pusat Mencari dan Menyelamat (MRCC) di Putrajaya dan APMM memutuskan operasi itu diteruskan.

Sektor pencarian operasi SAR hari ini tertumpu di bahagian pantai barat Simpang Mengayau dan pulau berhampiran membabitkan lapan aset APMM, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Pasukan Polis Marin (PPM).

“Tiga bot pukat tunda nelayan tempatan juga digerakkan di sekitar kawasan penemuan enjin bot untuk membantu mengesan bangkai bot,” katanya di sini, sebentar tadi.

Ahad lalu, sekumpulan nelayan menemui bangkai bot serta dua enjin sangkut ketika memukat di perairan 2.8 batu nautika di utara Simpang Mengayau, namun hanya satu enjin berjaya dinaikkan sebelum dibawa ke jeti APMM.

Empat mangsa yang hilang pada 2 Mei lalu ialah Lam Wai Yin Tommy, 45, iaitu warga China yang juga pemilik sebuah resort di Tanjung Simpang Mengayau; suami isteri dari Sepanyol, David Hernandes Gasulla dan Martha Miguel, kedua-duanya berusia 30 tahun dan wanita tempatan yang juga pekerja resort, Armella Ali Hassan, 23. –BHarian Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan