Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

SAPP tanding 1 Parlimen dan 4 DUN

KOTA KINABALU: Parti Maju Sabah (SAPP) akan bertanding di satu kerusi Parlimen dan empat kerusi Dewan Undangan Negeri pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Presidennya Datuk Sri Panglima Yong Teck Lee akan bertanding di P.172 Kota Kinabalu.

Sementara itu empat calon DUN adalah, John Stephen Dionysius N.13 Inanam, Richard Yong We Kong N.14 Likas, Lim Kat Chung N.15 Api Api dan N.16 Luyang Gee Tien Siong.

Dalam pada itu, SAPP turut meletakkan seramai tujuh orang calon lain namun tidak akan menggunakan logo SAPP tetapi akan menggunakan logo parti lain yang terdapat Gabungan Sabah (GS) sepertimana yang telah dipersetujui dalam perbincangan antara parti dalam GS.

Kerusi tersebut adalah N.20 Moyog, N.29 Kundasang, N.35 Melalap dan N.19 Kepayan akan menggunakan logo Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) manakala N.17 Tanjung Aru, N.50 Lahad Datu dan N.57 Sri Tanjung akan menggunakan logo Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat)./SayangSabah

Yong Teck Lee (tengah mengambil gambar bersama calon SAPP. -Gambar Oleh Alex Mairin

Komen


Berita Berkaitan