Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,644

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

SAPA Tuduh Kerajaan Langgar Perjanjian Malaysia 1963

3:38pm 19/11/2015 Pak Roshan 462 views Mutakhir,Nasional
Lina Soo

Lina Soo

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Aspirasi Rakyat Sarawak (Sapa) menuduh kerajaan Malaysia telah melanggar Perjanjian Malaysia 1963 kerana gagal memastikan keselamatan rakyat Sabah dan Sarawak.

Presidennya, Lina Soo mendakwa, menerusi perjanjian itu, kedaulatan Sarawak dan Sabah diserahkan kepada Malaya (Malaysia) oleh British sekaligus menjustifikasikan kawalan terbaik untuk dua `negara’ itu oleh Malaya.

“Kegagalan untuk memastikan keselamatan kawasan timur Sabah secara efektif mendedahkan kerajaan Malaysia mengabaikan justifikasi pembentukan Malaysia bahawa hanya Persekutuan mampu melindungi rakyat Sabah dan Sarawak daripada ancaman luar,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau membuat tuduhan itu berikutan pembunuhan kejam mangsa culik, Bernard Then Ted Fen, 39, yang didakwa ditembak dan dipenggal oleh kumpulan pengganas Abu Sayyaf di Kepulauan Jolo, Filipina.

Pada 14 Mei lalu, Bernard yang juga seorang jurutera elektrik ersama pemilik Restoran Ocean King, Thein Nyuk Fun, 50, diculik di restoran tersebut di Sandakan, namun Nyuk Fun dibebaskan dengan selamat pada 9 November lalu.

Lina turut menuduh kerajaan Malaysia menubuhkan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) untuk menjadikan Sabah sebagai sebuah zon kawalan tentera, bukan melindungi keselamatan rakyat Sabah.

“Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan Malaysia untuk memastikan Sabah selamat daripada sekadar menubuhkan Esscom di Timur Sabah.

“Esscom hanya menjadikan ia (Sabah) zon yang dikawal tentera Kerajaan Persekutuan tetapi tidak menghentikan penculikan rakyat Sabah oleh kumpulan-kumpulan dari Filipina,” dakwanya lagi.

Sapa yang merupakan pertubuhan propembangkang sebelum ini dikecam ramai pihak berikutan kegiatannya yang dilihat seolah-olah cuba menghasut rakyat Sarawak supaya membenci Malaysia. – Mynewshub.cc

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan