Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Santoso maut dalam pertempuran di timur Indonesia

santoso

JAKARTA: Lelaki paling dikehendaki di Indonesia yang juga penyokong militan IS, mungkin seorang daripada dua militan yang terbunuh dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan di timur Indonesia Selasa lalu.

Jika terbukti benar, kematian Santoso yang dilabel Amerika Syarikat (AS) sebagai pengganas, dianggap kejayaan buat Presiden Joko Widodo yang menjadikan usaha penangkapan Santoso satu keutamaan.

 Jurucakap Presiden, Johan Budi, berkata Santoso dipercayai seorang daripada dua militan yang terbunuh dalam pertempuran dengan polis di Sulawesi di mana dia dipercayai bersembunyi.

“Seorang daripada individu yang terbunuh seiras Santoso dan mayatnya dipindahkan untuk dikenal pasti keluarganya,” kata Johan menerusi telefon. Umur Santoso bagaimanapun tidak diketahui.

Penjenayah itu diburu pasukan keselamatan Indonesia selama beberapa tahun dan berikrar taat setia kepada kumpulan IS.

Kumpulan bersenjatanya menarik militan dari wilayah lain Indonesia dan beberapa individu etnik minoriti Uighur dari Xinjiang, China.

Indonesia mengerah ribuan anggota polis dan tentera ke kawasan hutan Sulawesi di mana Santoso dan puluhan pengikutnya dipercayai bersembunyi. Penjenayah itu berasal dari pulau Jawa.

Mac lalu, AS mengenakan label khas pengganas ke atas Santoso, menyekat mana-mana aset mungkin dimilikinya di AS, melarang urus niaga dengan warga tempatan dan membuka laluan untuk tindakan oleh penguat kuasa undang-undang AS.

Menurut Jabatan Negara AS, Santoso mengetuai kumpulan Mujahidin Indonesia Timur (MIT) yang melakukan beberap pembunuhan dan penculikan sejak beberapa tahun lalu. – Reuters/BH Online

Komen


Berita Berkaitan