Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Santoso masih hidup

SANTOSO
SANTOSO

Jakarta: Lelaki yang terbunuh dalam kejadian tembak menembak dengan pasukan keselamatan di Gunung Tineba di Poso, Tengah Sulawesi pada Jumaat lalu, bukannya Santoso, pengganas paling dikehendaki di Indonesia.

Penganalisis keselamatan, Rakyan Adibrata berkata, sumber dari pasukan khas di Poso memberitahu, lelaki yang ditembak mati itu adalah Basri, anggota kanan kumpulan Mujahidin Indonesia Timur (MIT) yang diketuai Santoso.

Sebelum ini terdapat khabar angin dan spekulasi di media yang mendakwa pasukan keselamatan Indonesia berjaya membunuh Santoso atau dikenali sebagai Abu Wardah.

“Lelaki itu bukannya Santoso tetapi Basri.

“Basri adalah suspek pengganas yang berjaya melarikan diri dari penjara pada 2013,” katanya kepada portal Jakartapost kelmarin.

Menurutnya, mayat Basri dikenal pasti melalui pemerhatian fizikal dan pihak berkuasa mungkin menjalankan ujian DNA.

Basri juga dikenali sebagai Bagong, pernah menganggotai kumpulan pengganas Jemaah Islamiah (JI) dan melarikan diri dari penjara di daerah Tojo Una-una di Sulawesi Tengah pada April 2013.

Dia dihukum penjara 19 tahun kerana terbabit dalam beberapa serangan bom dan pembunuhan di Poso dari 2004 hingga 2006.

Polis dan tentera Indonesia meneruskan operasi Camar Maleo untuk memburu Santoso dan anggota MIT lain di kawasan hutan di Poso.

Pada awal pagi kelmarin, sekeping gambar mayat lelaki menyerupai Santoso tersebar di media sosial mencetuskan spekulasi ketua pengganas berkenaan berjaya dibunuh.

Bagaimanapun, maklumat itu kemudiannya disahkan tidak benar oleh pihak berkuasa.

Ketua Polis Sulawesi Tengah, Hari Suprapto berkata, mayat lelaki itu kini ditempatkan di Hospital Bhayangkara di Palu. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan