Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Sansari, anak Dusun Tobilung pertama cipta rekod larian solo 15 jam

Sansari menerima penghargaan di atas kejayaanya daripada Presiden Tobisa, Muji Ampau (dua dari kanan.
Sansari menerima penghargaan di atas kejayaanya daripada Presiden Tobisa, Muji Ampau (dua dari kanan.

KOTA KINABALU – Tiada siapa menyangka, Sansari Lintanga, 34, anak Dusun Tobilung pertama berjaya mencipta rekod peribadi larian solo sejauh 98 kilometer dalam masa 15 jam di bawah cuaca panas terik.

Berlari untuk menguji kebolehan dirinya, Sansari menyifatkan penyertaannya dalam larian itu merupakan satu pengalaman menyeronokkan, meskipun terpaksa mengerah kudrat dan kemampuannya hingga ke garisan penamat.

“Ia pengalaman menyeronokkan, tapi tidak juga semudah disangkakan. Cabaran yang tidak dapat saya dilupakan ialah terpaksa berlari dalam keadaan cuaca panas terik dan tapak kaki saya terkupa apabila menuruni bukit di Pekan Tenghilan,” katanya ketika menceritakan detik dilalui sepanjang larian itu.

Sansari atau lebih mesra disapa Juragan, memulakan lariannya tepat pada pukul 12 tengah malam dari Kompleks Sukan Kota Kinabalu dan menamatkan larian pada pukul empat petang (Ahad) di Rumah Kebudayaan Dusun Tobilung, Kampung Timbang Kota Belud.

Sansari (dua dari kiri) mengalami kecederaan ringan turut dibantu oleh adiknya, Adelinah (duduk). Turut kelihatan, rakan-rakan Rojak Runners.
Sansari semasa memulakan larian solonya di Kompleks Sukan Kota Kinabalu.

Antara laluan yang dilalui termasuklah Jalan Sulaman, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Indah Permai, Tebobon, Telipok, Tuaran, Tenghilan sehinggalah ke Kampung Timbang, Kota Belud.

Menurutnya, dia optimis dapat menghabiskan larian itu dan percaya tidak ada yang mustahil jika yakin dengan kemampuan yang kita miliki

Sansari memulakan lariannya tepat pada jam 12 tengah malam dari Kompleks Sukan Likas dan menamatkan larian pada jam 4 petang semalam (Ahad) di Rumah Kebudayaan Dusun Tobilung, Kampung Timbang Kota Belud.

Sansari (dua dari kiri) mengalami kecederaan ringan turut dibantu oleh adiknya, Adelinah (duduk). Turut kelihatan, rakan-rakan Rojak Runners.
Sansari (dua dari kiri) mengalami kecederaan ringan turut dibantu oleh adiknya, Adelinah (duduk). Turut kelihatan, rakan-rakan Rojak Runners.

Beliau tidak menafikan, bahang matahari sepanjang larian semakin terasa sebelum tiga di Kamping Keguraan, menyebabkannya hampir putus asa pada jarak terakhir 10 kilometer sebelum tiga di garisan penamat.

“Saya hampir berputus asa pada jarak terakhir 10 kilometer sebelum tiba di garisan penamat. Namun, sokongan daripada rakan-rakan Rojak Runners dan Kelab Sioloon yang turut serta dalam larian itu memberi semangat kepada saya untuk menghabiskan larian,” ujarnya.

Anak sulung daripada lapan beradik itu berkata, acara sukan larian tersebut menjadi motivasi untuk diri sendiri dan keluarganya agar sentiasa aktif demi menjaga kesihatan diri.

Sansari turut mengajak para belia di luar sana untuk menceburkan diri dalam acara sukan larian ini daripada terjebak daripada gejala yang kurang sihat. – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan