Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,746

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Sangkar Sembelihan Mudah Alih manfaat inovasi menerusi MSI

8:02pm 20/03/2016 Leolerry Lajius 49 views Tempatan
Madius (tengah) ketika melancarkan gimik perasmian sangkar sembelihan mudah alih.-Gambar Oleh Alex Mairin

Madius (tengah) ketika melancarkan gimik perasmian sangkar sembelihan mudah alih.-Gambar Oleh Alex Mairin

TUARAN: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menerusi agensinya Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) telah menyerahkan dua inovasi berguna kepada penduduk kampung di sekitar daerah Tuaran hari ini.

Penyerahan inovasi tersebut iaitu Sangkar Sembelihan Mudah Alih dan Kompang X-ray yang telah dirasmikan oleh Menteri MOSTI Datuk Seri Panglima Madius Tangau di Masjid An-Nur,di sini, hari ini.

Menurut Madius, inovasi ini merupakan antara inovasi yang dimanfaatkan menerusi Program Inovasi Sosial MOSTI (MSI) bagi menyemarakkan dan membudayakan inovasi dan kreativiti.

“MSI merupakan dana yang disediakan oleh Kerajaan bagi tujuan membantu kumpulan sasaran melalui pembangunan atau pelaksanaan idea sama ada yang berbentuk produk, perkhidmatan atau model bagi memenuhi keperluan sosial sesuatu komuniti,” katanya.

Sementara itu, beliau turut menyeru agar lebih ramai pelajar yang menceburi bidang sains dan juga mencadangkan agar bidang kerjaya dalam bidang Meteorologi diperluaskan lagi.

“Setakat ini belum ada Institusi Pengajian Tinggi yang menawarkan bidang meteorologi sebagai pengkhususan dalam pengajian.”

“Malah bidang kerja dalam bidang ini juga tidak meluas dan graduan yang mengambil bidang ini hanya berpeluang untuk mendapatkan pekerjaan yang ditawarkan oleh Jabatan Meteorologi,”katanya.-Oleh Leolerry Lajius /Sayang Sabah

Sangkar sembelihan mudah alih.

Sangkar sembelihan mudah alih.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan