Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Sangka Baik, Dapat Baik-baik

Gambar Hiasan

Hampir semua kita berperang dengan perasaan bersangka-sangka.

Ada keadaan yang kita tidak mahu bersangka buruk, tapi kita terfikir juga.

Suka hati kita sahaja membuat andaian. Kita rasa apa yang kita lihat itu betul atau kita fikir apa kita sangka itu tepat.

Mungkin kita terlupa Allah telah berpesan dalam ayat 12 surah al-Hujurat yang bermaksud:

“Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada prasangka, sesungguhnya sebahagian daripada prasangka itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Apakah seseorang antara kamu suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu berasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah.  Sesungguhnya Allah adalah al-Tawwab (Maha Penerima taubat), lagi al-Rahim (Maha Mengasihani).”

Sudah pasti kita tidak mahu berbuat demikian.

Tambahan pula kita ini sudahlah pahala tidak banyak mana, elaklah menambah dosa pula dengan bersangka yang tidak-tidak.

Jadi mulakan belajar sangka baik, bukan untuk sesiapa; tapi hati kita juga.  Supaya selalu tenang.

Jika kita rasa kita sudah terlalu jauh, sempat lagi untuk kita bertaubat dan kembali kepada sesuatu yang lebih baik.

Dan lebih elok jika tidak tahu akan sesuatu; bertanyalah.

Dan jika tiada benda baik nak cakap dan keluar dari mulut kita, diam adalah lebih baik untuk kita.

Buatlah apa saja, asalkan Allah suka.

Apa lagi terpaling nikmat selain disuka Ar-Rahman, bukan?

Masih belum terlambat bersangka baik sesama hamba, jadi mari kita mulakan!

“Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!” (Surah Az-Zalzalah ayat 7-8)

(Sumber: iluvislam oleh Anem Arnamee)

Komen


Berita Berkaitan