Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,644

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Sanggup cacat demi wang

10:01am 26/08/2016 Pak Roshan 35 views Global
LY Thi N menulis kenyataan selepas helahnya dibongkar polis.

LY Thi N menulis kenyataan selepas helahnya dibongkar polis.

SEORANG wanita di Vietnam sanggup melakukan perkara yang tidak masuk akal dengan memotong tangan dan kakinya sendiri semata-mata untuk mendapatkan tuntutan insurans.

Menurut sebuah laman berita antarabangsa, mangsa, Ly Thi N berusia 30 tahun ditemui oleh seorang lelaki berdekatan dengan sebuah landasan kereta api di ibu negara Vietnam, Hanoi.

Tambah laman itu lagi, lelaki yang dikenali sebagai Doan Van D kemudian telah segera menghubungi ambulans selepas dia terjumpa mangsa secara kebetulan di landasan terbabit.

Walau bagaimanapun, anggota polis berasa sangsi dengan cerita yang diberitahu oleh Doan selepas melihat ke dalam maklumat peribadi Ly.

Manakala menurut laman The Thanhiennews, difahamkan Ly mempunyai masalah dalam perniagaan dan kekurangan wang sebelum ‘kejadian’ itu.

Ly akhirnya mengaku kepada anggota polis berkenaan bahawa dia telah mengupah Doan sebanyak 48,972,835 dong (RM8,855) untuk memotong tangan dan kakinya serta bersekongkol dalam penipuan itu.

Difahamkan, Ly sanggup berbuat demikian kerana beranggapan dia akan memperoleh 3,392,696,448 dong (kira-kira RM613,477) daripada insurans kesihatan dengan mendakwa dirinya telah dilanggar kereta api.

Beberapa keping gambar yang dimuat naik oleh laman itu menunjukkan keadaan tangan Ly yang telah sembuh.

Kes penipuan itu telah menimbulkan perdebatan hangat menerusi media sosial tempatan negara itu.

Seorang pengguna Facebook bernama Ly Phan berkata, kes penipuan insurans seperti ini lazim berlaku di Vietnam.

“Hilang 50 juta, satu tangan, kaki dan sekarang terpaksa meringkuk dalam penjara. Langsung tidak mendatangkan faedah,” katanya.

Sementara itu ada segelintir pelayar laman sosial yang turut bersimpati kepada nasib suspek.

Thanh Phuong Quynh Le berkata: “Dia mungkin berdepan kebankrapan dan memerlukan wang dengan segera. Ia tidak mudah untuk menipu syarikat insurans.”

Manakala seorang lagi Hoa Nguyen berkata: “Terdesak sangatkan sehinggakan sanggup melakukan perkara seperti itu?”

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan