Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,636

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Sanggup berbelanja RM3 ribu untuk telefon berbanding RM30 untuk buku

4:43pm 08/10/2016 Leolerry Lajius 91 views Kota Kinabalu,Pendidikan,Tempatan,YB Datuk Haji Masidi Manjun

KOTA KINABALU: Sifat masyarakat merupakan antara salah satu punca penerbitan buku di negara ini tidak dapat berkembang.

Menteri Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, sikap masyarakat yang sentiasa mengharapkan agar diberikan secara percuma merupakan antara faktor penerbitan buku di negara ini tidak dapat berkembang.

“Senario persekitaran kita juga dapat dilihat, kita sanggup membelanjakan RM3,000.00 untuk membeli telefon berbanding membelanjakan RM30.00 untuk membeli buku,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan sempena Majlis Perasmian Pesta Buku Borneo, di sini, hari ini.

Tambah beliau, antara punca kepada keruntuhan moral adalah kehilangan pedoman nilai moral yang baik.

“Salah satu sebabnya adalah kita kurang membaca buku kerana melalui pembacaan kita akan dapat membelajari sesuatu yang baru,”katanya.

Beliau turut melahirkan kebimbangan kerana penerbitan buku di negara ini yang masih kurang.

Sempena dengan majlis berkenaan Masidi turut melancarkan dua buah buku yang berjudul Tinimungan Tangon Kadazandusun dan Jejak Warisan Borneo: Catatan Perjalanan Siri 1.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Masidi (tengah) ketika melancarkan buku berkenaan.

Masidi (tengah) ketika melancarkan buku berkenaan.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan