Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Sanggup Bedah Kaki Untuk Tinggi

mahu tinggi

Rusia – Ketika berusia 17 tahun,Alexander Transer bercita-cita menjadi seorang model namun hasratnya tidak kesampaian kerana tidak mencapai ketinggian yang sepatutnya.

Dengan tinggi 165cm, sukar baginya untuk mencecah ketinggian 183cm, seperti syarat yang ditetapkan untuk menjadi seorang model.
Tanpa berputus asa dia terus berusaha untuk menjadi model dan menyimpan wang semata-mata menjalani pembedahan bagi memanjangkan tulang kakinya.

Meskipun kini Transer sudah berusia 30 tahun, namun dia masih meneruskan rawatan berkenaan.

“Saya dimaklumkan oleh pengarah agensi modelling bahawa saya tidak cukup tinggi dan satu-satunya cara untuk menjadi tinggi adalah dengan memanjangkan kaki.

“Jadi saya lakukan apa yang perlu biarpun ibu bapa saya pada mulanya membantah,’’ katanya.

Transer menjalani prosedur dikenali sebagai llizarov, iaitu rawatan memanjangkan tulang, sama seperti yang dilakukan ke atas juara lompat tinggi Soviet , Valery Brumel yang melakukan pembedahan berkenaan pada 1968.

Transer yang menolak tawaran melanjutkan pelajaran ke universiti kemudiannya menjadi pembantu kepada bapanya yang bekerja sebagai jurutera dan berjaya mengumpul wang untuk pembedahan itu.

Ia melibatkan prosedur memasukkan besi di kedua-dua belah kakinya dan Transer perlu memusingkan skru di kakinya itu empat kali sehari.
“Pembedahan itu berjaya dan dalam sembilan bulan, saya tinggi sebanyak 6cm lagi.

“Saya kini merancang untuk melakukan dua lagi pembedahan dalam tempoh beberapa tahun lagi dan menjelang 2018, ketinggian saya akan bertambah menjadi 6 kaki,’’ katanya.

Komen


Berita Berkaitan