Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Sandakan tuan rumah Kejohanan Bola Sepak Bawah 21 Tahun

SANDAKAN: Daerah ini menjadi lokasi pembuka tirai  bagi Kejohanan Bola Sepak Bawah 21 Tahun anjuran bersama Persatuan Bekas Pemain Sabah ( Persatuan Ex-Sabah State)  dan Persatuan Takad Nabalu.
 
Pengerusi Penganjurnya Azman Mastar  berkata, pertandingan bagi zon Sandakan itu melibatkan 3 buah daerah iaitu Sandakan,Beluran dan Kinabatangan yang akan diadakan pada 21-22 Julai ini bertempat di Kompleks Sukan Sandakan.
 
Katanya, kejohanan yang berlangsung selama dua hari itu merebut Piala Presiden Persatuan Takad Nabalu yang juga Adun Sugud Datuk James Ratib.
 
Menurut beliau kejohanan tersebut merupakan usaha Persatuan Bekas Pemain Sabah bagi mencari serta mencungkil bakat-bakat baru dalam bidang sukan bola sepak  yang boleh dijadikan sebagai pemain pelapis untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi. 
 
“ Dalam kejohanan ini kita melantik jawatankuasa pemilih yang diketuai oleh bekas jurulatih Sabah Stanley Chew, Presiden Persatuan Bekas Pemain  Sabah Datuk James Wong,Datuk Hasan Sani, Haji .Azah Azerin,Razali Zinin,Awang Sabtu,Yahya Datuk Kassim dan Matlan Marjan yang akan memilih pemain-pemain  yang berpotensi untuk dicadangkan kepada SAFA bagi  proses pemilihan selanjutnya” katanya ketika ditemui selepas mempengerusikan  mesyuarat jawatankuasa  pelaksana pertandingan itu di Bilik Mesyuarat SAFA, baru-baru ini. 
 
Menurut Azman yang juga Timbalan Presiden Persatuan Bekas Pemain Sabah kejohanan tersebut juga merupakan flatfrom bagi memperbanyakkan lagi kejohanan bola sepak yang bukan sahaja sebagai gelanggang mencari pemain pelapis sekaligus dapat menyemarakan minat golongan belia dalam sukan bola sepak disamping membantu usaha SAFA memperkasakan lagi mutu sukan bola sepak di negeri ini.
 
“ Kejohanan sedikit sebanyak dapat membantu usaha SAFA, sesuai dengan aspirasi Presidennya yang juga Ketua Menteri Datuk Seri Musa Haji Aman yang mahu melihat kecermalangan sukan bola sepak di negeri ini “ katanya
 
Dalam pada itu Azman turut menzahirkan penghargaan dan terima kasihnya kepada Persatuan Takad Nabalu yang diterajui oleh Datuk James Ratib sebagai presidennya yang  bukan sahaja sedia  menjalin kerjasama menjayakan kejohanan tersebut tapi turut menyediakan piala pertandingan.
 
Tambah Azman yang juga Pengurus Pasukan Piala Presiden Sabah, kejohanan tersebut akan menjelajah ke seluruh daerah mengikut zon iaitu  Zon Tawau, merangkumi Semporna Kunak dan Lahad Datu,  Zon Pantai Barat Utara Tuaran,Ranau, Kota Belud Kota Marudu,Kudat dan Pitas ,zon Pantai Barat Selatan Kota Kinabalu, Penampang, Papar dan Putatan, Zon Keningau, Tenom Tambunan dan Pensiangan, Zon Beaufort merangkumi Sipitang, Membakut Kuala Penyu dan Wilayah Persekutuan Labuan.
 
 “ Bagi perlaksanaan di zon zon lain kita juga mengharapkan sokongan serta kerjasama dari pelbagai pihak pertubuhan NGO dan juga persatuan persatuan Sukan yang ada di zon berkenaan bagi menjayakan kejohanan ini ” katanya./SayangSabah
TUNJUK…Kelihatan Azman menunjukkan kertas kerja pertandingan selepas mempengerusikan mesyuarat tersebut.

Komen


Berita Berkaitan