Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,663

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Sandakan dipilih sebagai tuan rumah sempena Hari Belia 2016

2:45pm 11/05/2016 Leolerry Lajius 1016 views Tempatan

KOTA KINABALU:   Daerah Sandakan dipilih sebagai tuan rumah sempena Hari Belia 2016 yang bertemakan ‘Future Is Now’ dan akan diadakan pada 21 dan 22 Mei ini.

Majlis pelancaran dan Himpunan belia tersebut akan diadakan di Padang Majlis Perbandaran Sandakan dan akan dirasmikan oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman.

Menurut Menteri belia dan Sukan Datuk Hj. Tawfiq Hj. Abu Bakar Titingan, sambutan ini diadakan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai komitmen kerajaan dalam memberi pengiktirafan terhadap pencapaian, peranan dan sumbangan belia dalam arus pembangunan negara.

“Sambutan yang diadakan sekali dalam dua tahun ini juga akan dimeriahkan dengan penyampaian anugerah kepada belia yang terpilih dan turut diisi dengan festival belia yang merangkumi sembilan segmen,” katanya ketika sidang media, di sini, hari ini.

Tambah Tawfiq, hari belia diraikan di Malaysia pada 15 mei setiap tahun sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan kerajaan atas sumbangan belia dalam pembangunan negara iaitu selaras dengan keputusan resolusi Majlis Perundingan  Belia Negara pada tahun 1972.

“Kementerian Belia dan Sukan Sabah menyasarkan seramai 10, 000 orang belia akan hadir sepanjang dua hari penganjuran sambutan ini,” katanya.

Sambutan ini akan dilaksanakan oleh Majlis Belia Sabah (MBS) yang dianjurkan bersama dengan Kementerian Belia dan Sukan Sabah, Jabatan Belia dan Sukan (P) Sabah serta penglibatan Ahli Gabungan MBS.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan