Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Sandakan catat kes demam denggi tertinggi di Sabah

8:25pm 26/09/2016 Pak Roshan 166 views Mutakhir,Sandakan,Tempatan

denggi

SANDAKAN: Daerah ini mencatatkan kes demam denggi tertinggi di Sabah dengan 426 kes dan satu kematian dilaporkan sejak awal tahun ini.

Peningkatan kes denggi dikesan berlaku sejak pertengahan Julai lalu, dengan tiga kawasan dikenal pasti aktif wabak berkenaan ketika ini ialah Taman Indah Jaya Fasa 2 yang mencatat 21 kes, Sri Taman (tujuh kes) dan Kampung Lupak Meluas Laut (dua kes).

Sehubungan itu, Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), Datuk James Wong, mahu semua pihak mengambil tindakan bersepadu dengan bekerjasama membanteras demam denggi.

“Wabak denggi dapat dikawal selepas Operasi Mega dilancarkan Jabatan Kesihatan Sabah pada Februari hingga Mac lalu, namun berlaku peningkatan semula sejak pertengahan Julai.

“Berdasarkan laporan pemantauan, Pejabat Kesihatan Kawasan Sandakan mendapati kawasan pembiakan nyamuk aedes bukan saja membabitkan perumahan dan setinggan, malah pejabat dan kuarters kerajaan, sekolah, rumah ibadat, kedai, bengkel dan kawasan tanah terbiar,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Wong berkata, beberapa kes tunggal demam denggi turut direkodkan di kawasan pernah berlaku wabak besar sebelum ini termasuk Kampung Dandulit, Happy Valley, flet Karamunting MPS, Kampung Karamunting Baru dan Kampung Muhibbah.

Katanya, masyarakat perlu bekerjasama dengan menyertai gotong-royong yang dianjurkan pemimpin setempat, selain mengamalkan budaya menjaga kebersihan. – Bh Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan