Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

SAMUR siap 98 peratus

11:30pm 12/05/2016 Leolerry Lajius 2338 views Tempatan
Iskandar (kanan) memberi penerangan kepada media sempena lawatan tersebut.

Iskandar (kanan) memberi penerangan kepada media sempena lawatan tersebut.

SIPITANG: Projek Sabah Ammonia dan Urea (SAMUR) di kawasan perindustrian minyak dan gas Sipitang (SOGIP) kini siap 98% dan dijangka akan memulakan operasi komersial pada suku keempat tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Chemical Fertiliser Sabah Sdn Bhd, Mohd Iskandar Bakeri berkata, apabila siap kelak projek ini berupaya menghasilkan Ammonia sebanyak 2100 metrik tan sehari dan Urea sebanyak 3500 metrik tan sehari.

“Projek ini juga membuka peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan bukan sahaja di daerah Sipitang malah di seluruh negeri ini.”

“Ketika ini, kira-kira 90 peratus operator loji dan 80 peratus kakitangan penyenggaraan merupakan anak Sabah sendiri,” katanya kepada media ketika ditemui di tapak projek Samur, hari ini.

Tapak Projek SAMUR yang siap 98%.

Tapak Projek SAMUR yang siap 98%.

Menurut Iskandar, antara kemudahan khusus yang terdapat dalam kompleks samur seluas 3.23 hektar itu adalah jeti sepanjang 1.5 kilometer yang membolehkan tiga buah kapal berlabuh sekali gus di mana maksimum kapal seberat 45,000 tan boleh dimuatkan.

“Projek ini juga turut menerima lawatan dari pelajar institusi pengajian tinggi yang mengambil bidang kejuruteraan bagi membolehkan mereka melihat sendiri situasi sebenar di tempat kerja,”katanya.

Projek yang terletak di pesisir pantai Sipitang, kira-kira 160 kilometer dari Kota Kinabalu itu dimulakan pada tahun 2012, setelah diluluskan Lembaga Pengarah Petronas Chemical Group pada pertengahan 2011.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan