Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,761

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

SAMUR beri peluang kerja kepada ‘Anak Sabah’

6:47pm 08/03/2016 Leolerry Lajius 10955 views Tempatan
Musa (tengah) bersama ahli kabinet dan rombongan yang lain ketika membuat lawatan di lokasi SAMUR.

Musa (tengah) bersama ahli kabinet dan rombongan yang lain ketika membuat lawatan di lokasi SAMUR.

SIPITANG: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman telah membuat lawatan kerja ke Projek Sabah Ammonia dan Urea (SAMUR) di kawasan perindustrian minyak dan gas Sipitang, di sini, hari ini.

Musa yang diiringi oleh menteri kabinet yang lain bersama ahli lembaga Terminal Minyak dan Gas Sabah (SOGT) telah diberikan taklimat mengenai perkembangan projek-projek yang telah dilaksanakan sejak lawatan kali terakhirnya pada Jun 2013 dalam satu perjumpaan tertutup.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Chemicals Group Bhd (PCG) Datuk Sazali Hamzah mengucapkan penghargaan kepada Ketua Menteri kerana sentiasa menyokong SAMUR dengan pelaksanaan pelbagai projek yang bakal menjadikan PCG sebagai pengeluar urea kedua terbesar di Asia Tenggara.

“Projek SAMUR ini telah siap hampir 90% dan kami menyasarkan akan mendapat komisen dalam separuh kedua tahun ini.

“Projek SAMUR juga akan menambah sebanyak 1.2 juta metrik tan pengeluaran urea menjadikan pengeluarannya berjumlah 2.6 juta metrik tan setahun yang membolehkan PCG menjadi antara pengeluar urea yang terbesar,”katanya.

Projek ini juga memberikan peluang kepada penduduk tempatan untuk mendapatkan pekerjaan dan ketika ini 90 peratus operatur dan loji serta 80 peratus kakitangan penyenggaraan merupakan anak Sabah sendiri.

Selepas melakukan lawatan kerja ke SAMUR, Musa turut beramah-mesra dengan rakyat di sekitar Pekan Sipitang.-Oleh Leolerry Lajius /Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan