Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,792

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Samun: Seorang ditahan, tiga masih bebas

8:38pm 18/07/2016 Elezebeth Esther Onjining 2497 views Jenayah,Tempatan
Tiga suspek yang masih bebas

Tiga suspek yang masih bebas

KOTA KINABALU-Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai terlibat dengan kes samun bersenjata api menggunakan senapang angin di sebuah premis menjual barangan lusuh, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP M. Chandra berkata jenayah samun itu melibatkan empat orang suspek termasuk tiga suspek yang masih bebas.

“Berdasarkan maklumat orang awam, pihak polis telah menyerbu sebuah rumah di Kampung Simpangan Tuaran, lebih kurang jam 7 malam semalam dan menahan seorang lelaki berumur 20 tahun yang turut didapati positif dadah.

“Pihak polis turut menahan sebuah kereta Myvi putih yang dipercayai digunakan semasa menjalankan jenayah samun,”katanya kepada pemberita dalam satu sidang akhbar di IPD Kota Kinabalu, disini, hari ini.

Menurut Chandra, dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 3.15 petang itu suspek telah melepaskan sebanyak tiga das tembakan dan salah satu tembakan telah terkena tangan kanan mangsa yang merupakan pekerja premis berkenaan.

“Ketiga-tiga das tembakan itu dipercayai bertujuan untuk menakutkan kesemua pekerja premis itu tetapi tembakan ketiga terkena di tangan kanan mangsa.”

“Suspek yang ditahan bertindak sebagai pemandu manakala selebihnya masuk ke dalam premis untuk melakukan jenayah samun tersebut, “katanya.

Tambah Chandra, ketika kejadian ketiga- tiga suspek memakai topeng dan topi menyebabkan kesemua saksi di lokasi kejadian tidak dapat mengecam suspek-suspek berkenaan.

“Walaubagaimanapun, ketiga-tiga suspek itu telah diletakkan dalam senarai dikehendaki pihak polis,”katanya.

Suspek pertama dikenali sebagai Mohd Ruzleey Aliamat @Ayie, 25 manakala, dua suspek yang lain masing-masing dikenali sebagai AD Hasbullah [email protected],27 dan Fairuz [email protected], 27.

“Pihak polis menuntut kerjasama orang ramai yang mengenali atau terlihat ketiga- tiga suspek untuk segera menghubungi balai polis yang berdekatan.

Kes disiasat dibawah Seksyen 3 Akta Senjata Berbahaya (Penalti Lebih Berat) 1971 yang memperuntukkan hukuman mati jika disabitkan kesalahan. Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan