Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Samun: Lelaki tempatan ditangkap

PENYAMUN DITANGKAP... Suspek lelaki yang ditangkap mengaku terlibat dalam jenayah samun di kedai serbaneka.
PENYAMUN DITANGKAP… Suspek lelaki yang ditangkap mengaku terlibat dalam jenayah samun di kedai serbaneka.

KOTA KINABALU – Kurang daripada 24 jam selepas merompak sebuah kedai serbaneka di Warisan Square di sini pada Ahad lepas, seorang suspek lelaki tempatan berjaya diberkas polis.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner, M.Chandra berkata, suspek berumur 38 tahun itu ditahan di hadapan Blue Star Pub and Lounge, Jalan Pantai di sini jam 11.00 malam hari yang sama.

“Tangkapan tersebut adalah hasil maklumat daripada rakaman kamera litar tertutup yang dijalankan oleh polis,” katanya di sini semalam.

Menurut laporan polis yang dibuat oleh penolong pengurus kedai tersebut, dua lelaki masuk ke premis itu kira-kira jam 3.15 pagi Ahad.

Ketika kejadian terdapat dua orang pekerja sedang bertugas dan tidak mensyaki niat jahat kedua-dua suspek berkenaan.

“Selepas memastikan tiada pelanggan lain dalam premis itu, kedua-dua suspek kemudian bertindaknmengarahkan pekerja supaya menyerahkan wang tunai,” katanya.

Suspek kemudian melarikan diri selepas merampas wang berjumlah RM124.15 dari mesin tunai kedai berkenaan.

“Sehubungan itu, polis sedang mengesan seorang lagi rakan suspek yang masih bebas kerana disyaki terlibat dalam kejadian samun tersebut,” katanya.

Beliau berkata, siasatan lanjut mendapati, lelaki yang ditangkap itu mempunyai rekod kesalahan berkaitan dadah di bawah Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Hasil ujian air kencing turut mendapati suspek positif dadah jenis Syabu,” katanya lagi sambil menambah bahawa polis turut menyiasat kemungkinan suspek turut terlibat dengan kes lain.

Kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan.
– Oleh NUZIR ANDI SAMSIAR / Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan