Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,733

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Samun, empat lelaki tempatan ditahan

3:15pm 25/06/2016 Leolerry Lajius 727 views Jenayah,Tempatan

KOTA KINABALU: Polis menahan empat orang suspek lelaki yang dipercayai terlibat dengan kes samun dan curi kenderaan di lorong 8 hse no 1,taman austral kepayan yang berlaku pada 8 Jun lalu.

Suspek yang ditahan adalah seorang lelaki tempatan berusia 26 tahun yang tinggal di Jalan Kibabaig Penampang serta turut mempunyai rekod jenayah lampau iaitu  pada tahun 2012, di bawah Seksyen 12(2)Akta Dadah Berbahaya 1952, hukuman penjara 7  bulan dari tarikh ditangkap, pada tahun 2013 di bawah  Seksyen 379 Kanun Keseksaan, hukuman penjara selama 3   bulan dan pada tahun ini di bawah Seksyen 379 Kanun keseksaan, hukuman penjara dua bulan   dari tarikh tangkap pada 10 Mac tahun ini.

Suspek kedua adalah seorang lelaki tempatan berusia 29 tahun, tinggal di Kampung Bambangan Inanam dan turut mempunyai empat rekod jenayah lampau pada tahun 2012 iaitu di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan, Seksyen 379 A Kanun Keseksaan, Seksyen 411 Kanun Keseksaan serta Seksyen 15(1)(A) Akta Dadah Berbahaya.

Dua lagi suspek iaitu seorang lelaki tempatan berusia 34 tahun yang tinggal di Jalan Kibabaig Penampang  serta turut mempunyai satu rekod jenayah lampau pada tahun 2009 di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan serta seorang lelaki berusia 27 tahun yang tiggal di Taman Jumbo Petagas namun kedua-dua suspek ini telah dibebaskan atas jaminan polis kerana tidak terbabit dalam kes samun berkenaan.

Menurut Ketua Polis Daerah ACP M.Chandra, pada hari kejadian pengadu yang baru pulang dari sebuah kedai telah terlanggar  pintu pagar rumahnya kerana ”hand brek” kereta pengadu telah rosak.

“Pengadu kemudiaanya telah bertindak mengangkat pintu pagar itu seorang diri sebelum meminta pertolongan suspek pertama dan kedua yang kebetulan lalu di hadapan rumahnya.”

“Selepas menolong pengadu, salah seorang suspek telah meminta persetujuan kepada pengadu untuk menggunakan telefon miliknya, namun pengadu tidak memberikan telefon berkenaan dan hanya meminta suspek membacakan nombor telefon yang hendak di hubunginya.”

“Walaubagaimanapun, nombor yang diberikan oleh suspek adalah tidak benar dan secara tiba-tiba salah seorang suspek telah bertindak menumbuk muka pengadu,”katanya.

Pengadu juga telah dipukul dengan menggunakan sebatang besi berwarna silver oleh kedua-dua  lelaki tersebut serta bertindak meminta wang daripada pengadu dan kemudian terus memukul pengadu di bahagian tangan  dan kaki.

Semasa dipukul pengadu telah jatuh di hadapan jalan raya rumah pengadu dan suspek  tersebut telah bertindak mengambil telefon bimbit jenis iphone 4 dan kunci kereta daripada poket seluar pengadu dan seterusnya melarikan kereta pengadu.

Bertindak atas maklumat yang diterima, pada hari yang sama, kenderaan pengadu yang dilarikan oleh suspek telah dijumpai semula yang ditinggalkan di tepi Jalan Bantayan, Inanam.

Ekoran daripada kejadian tersebut, pihak polis telah mengambil tindakan segera untuk mengesan suspek dan  kemudian telah berjaya menangkap empat suspek lelaki  berumur  22 hingga 29  tahun, warga tempatan yang dipercayai terlibat dalam kes ini dalam dua serbuan berasingan.

Menurut Chandra, modus operandi suspek adalah kumpulan ini bergerak menggunakan motosikal curi dan mencari mangsa di rumah yang tidak  berpenghuni untuk melakukan pecah rumah dan curi motosikal.

“Apabila terserempak dengan mangsa yang boleh di samun atau mangsa mabuk suspek juga mengambil kesempatan dengan menyamun mangsa.”

“Suspek juga dipercayai terlibat dengan dua kes kecurian motorsikal di Kampung Beringgis, Kinarut, Papar dan di Kampung Kolopis Penampang,”katanya.

Dalam operasi berkenaan pihak polis juga merampas barangan yang dipercayai dicuri mangsa dengan anggaran nilai keseluruhan termasuk kenderaan bernilai RM30,000.00.

Kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara selama tempoh yang boleh sampai dua puluh  tahun dan boleh di kenakan sebat,  Seksyen 379A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih dari tujuh tahun dan boleh juga dikenakan denda serta Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda tidak lebih RM5000.00 atau penjara tidak lebih dua tahun.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan