Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,799

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Samsudin- Jadikan aktiviti permotoran ke arah lebih positif

9:37pm 27/12/2015 Elezebeth Esther Onjining 34 views Tempatan
Samsudin melancarkan Himpunan Kelab Motosikal Besar kali ke dua di perkarangan Harbour Mall Sandakan kelmarin.

Samsudin melancarkan Himpunan Kelab Motosikal Besar kali ke dua di perkarangan Harbour Mall Sandakan kelmarin.

SANDAKAN- Golongan belia harus melihat bidang permotoran daripada sudut positif, bukannya menjadikan ia aktiviti tidak baik.

Adun Sekong Datuk Samsudin Yahya berkata, bagi mana-mana pihak, golongan belia harus menjadikan aktiviti permotoran membentuk jati diri dan lebih berdisplin apabila berada di jalan raya.

“Bagi yang ada bakat dalam bidang permotoran, mereka harus mengembangkannya dengan menceburi secara serius bidang diminati serta mampu memberi peluang aspek kewangan lumayan melalui perkhidmatan disampaikan,” katanya.

Menurut beliau, perkembangan ekonomi memberangsangkan telah menaik taraf hidup rakyat dan ia merupakan pencapaian membanggakan.

“Jika dahulu kita melihat untuk membeli sebuah motosikal berkuasa tinggi itu satu perkara mustahil tetapi sekarang sesiapa pun tidak mustahil untuk memilikinya kerana kemampuan ekonomi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis merasmikan Himpunan Kelab Motosikal kali ke dua di perkarangan Harbour Mall Sandakan kelmarin.

Katanya, aktiviti berkaitan dengan dunia permotoran kini telah berkembangan dengan mendadak dan amat memberangsangkan.

Jika suatu masa dahulu katanya, jumlah pemilik motosikal berkuasa tinggi ini kecil dan dilihat sebagai status orang berada kerana nilai aset itu tinggi.

“Tetapi kini, berkat perkembangan ekonomi negara berada pada tahap baik dan memberangsangkan, ia memberi peluang kepada semua peringkat untuk merealisasikan impian memiliki motosikal berkuasa tinggi,” jelasnya lagi.

“Peluang seumpama ini wajar dimanfaatkan oleh ahli-ahli kelab motosikal berkuasa tinggi ini amnya untuk mendapatkan segala manfaat yang positif, terutamanya yang menjurus kepada kebaikan bersama,” katanya.

Jelasnya, kerajaan sentiasa memberi sokongan terhadap penganjuran aktiviti seperti itu dalam usaha mempromosi Sarikei menjadi destinasi menarik dalam pelbagai aspek.

Dalam memeriahkan aktiviti ini, pelbagai program sampingan turut diadakan seperti pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, pertandingan fotografi, auto-show serta banyak aktiviti yang lain.

Samsudin mengucapkan tahniah kepada pihak penganjur, atas kejayaan dan usaha mendekati serta menghimpun kelab-kelab Motosikal di seluruh Sabah, Brunei, Wilayah Persekutuan Labuan, dan Semenanjung Malaysia.

Menurut beliau lagi, usaha seperti ini dapat pastinya meningkatkan lagi perpaduan dikalangan pengemar dan peminat Motosikal berkuasa tinggi yang sedia ada.

Pada masa yang sama, beliau telah memberi jaminan, akan terus menyokong agar program ini dapat diadakan lagi, ditahun yang akan datang.

Turut hadir, En. Zantapha Zainal Abidin, PPM, Staff UPPM Sekong, Ajk Umno Bahagian Batu Sapi.-SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan