Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,656

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Samsudin: Guna saluran PIBG selesaikan masalah

2:17pm 27/03/2016 Elezebeth Esther Onjining 18 views Tempatan
Samsudin (lima dari kiri) menerima hadiah berupa potret wajah beliau ketika muda daripada pihak PIBG.

Samsudin (lima dari kiri) menerima hadiah berupa potret wajah beliau ketika muda daripada pihak PIBG.

SANDAKAN- Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) meminta para ibu bapa bersikap profesional dalam menangani masalah dan tidak puas hati terhadap pentadbiran pihak sekolah.

Sehubungan itu, Adun Sekong, Datuk Samsudin Yahya berkata, ibu bapa tidak boleh bertindak sesuka hati dan mengikut emosi dalam menyelesaikan masalah antara anaknya dengan sekolah.

Katanya, sebarang masalah yang timbul melibatkan soal anak-anak perlu dibawa berbincang dengan PIBG sekolah masing-masing.

”Bincang dahulu dengan PIBG sekolah anak masing-masing mengenai perkara yang menimbulkan tidak puas hati ibu bapa.

”PIBG sedia mendengar aduan dan rungutan ibu bapa terhadap tindakan pihak sekolah terhadap anak-anak mereka,” katanya semasa merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SK Mawar, Sandakan.

Selain itu, Samsudin turut berkata bahawa ibu bapa perlu bijak menggunakan sepenuhnya manfaat penubuhan PIBG di sekolah yang berfungsi sebagai badan perantaraan antara ibu bapa dan sekolah.

“PIBG adalah sebuah badan perunding peringkat sekolah melibatkan kerjasama dan permuafakatan antara ibu bapa dan sekolah.

“Hubungan antara guru dan sekolah, guru dan ibu bapa serta guru dan pelajar adalah seperti sebuah keluarga dan ikatan itu perlu dikukuhkan dengan semangat setia kawan.

Samsudin yang juga Ketua UMNO Batu Sapi menegaskan sebarang masalah yang muncul melibatkan pihak berkenaan perlu dirujuk, dibincang dan dirunding jalan penyelesaian yang memuaskan hati semua pihak berkenaan.

Tegasnya, sifat guru adalah mendidik dan mendisiplinkan pelajar agar menjadi insan berguna dan berilmu pada masa depan.

”Sebab itulah kerjasama dan persefahaman penting dan untuk meningkatkan ia, pihak sekolah dan ibu bapa perlu selalu mengadakan perjumpaan,” katanya.

Beliau juga menasihatkan ibu bapa agar tidak terlalu mengikut emosi dalam menyelesaikan masalah disiplin anak-anak dan sentiasa memberi perhatian yang lebih atas aktiviti anak-anak, sebagai tanda sokongan mereka terus maju dalam pembelajaran dan menjadi insan yang cemerlang serta berpendidikan.

Dimasa yang sama beliau telah menyerahkan sumbangan Tabung PIBG SK Mawar melalui peruntukan Adun Sekong.-SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan