Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Samsudin: Generasi muda diingat tidak abai ilmu agama

2:05pm 11/06/2016 Elezebeth Esther Onjining 17 views Tempatan
SUMBANGAN....Samsudin menyampaikan sumbangan sejadah dan Al Quran untuk surau Al-Ikhwah.

SUMBANGAN….Samsudin menyampaikan sumbangan sejadah dan Al Quran untuk surau Al-Ikhwah.

Adun Sekong, Datuk Samsudin Yahya berkata perlaksanaan program sepanjang bulan Ramadhan khususnya aktiviti pengimarahan masjid seharusnya berlangsung secara berterusan dengan melibatkan pelbagai peringkat usia dan latarbelakang pekerjaan.

“Usaha ini mampu menjana pencapaian kemajuan atau pembangunan komuniti setempat yang bermula dari masjid. Perkarangan premis ibadat juga seharusnya dioptimumkan penggunaannya bukan sahaja menjurus kepada perlaksanaan aktiviti fardhu ain malah fardhu kifayah bagi mendepani kemaslahatan sosial,” katanya ketika berbuka puasa di Surau Al-Ikhwah PPR Lintas Sibuga, Sandakan kelmarin.

Beliau turut meminta meminta para penduduk mengerjakan ibadat sepanjang bulan Ramadan ini.

“Saya berharap para pengerusi masjid dapat menggunakan bulan Ramadan untuk menjalankan aktiviti kebajikan di samping beramal dan beribadat,” katanya.

“Ahli-ahli jawatankuasa masjid dapat membina semangat dan kesungguhan untuk meneruskan amalan murni seperti bersedekah dan menyumbang untuk kepentingan ummah dan dakwah Islamiah,” jelas beliau.

Samsudin turut menyampaikan sumbangan berupa sejadah dan Al-Quran kepada Surau Al-Ikhwah. -SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan