Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Samseng jalanan akan terus dipantau

IMG-20160103-WA0006

KOTA KINABALU: Sebanyak 31 keping  saman Pol 257 dan 120 keping saman 170A telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalulintas semasa OP Samseng Jalanan yang dibuat di Jalan Coastal, Imago, Jalan Kepayan, Jalan Sulaman dan Jalan Lintas – Luyang awal pagi tadi.

Operasi tersebut yang melibatkan dua orang pegawai dan 11 anggota itu turut menyita 29 buah motorsikal dan menahan dua orang lelaki berusia 21 dan 19 tahun.

Menurut Ketua Polis Daerah ACP M.Chandra kesemua yang ditangkap akan didakwa di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menunggang secara melulu dan merbahaya, Seksyen 108 kerana mempamerkan nombor pendaftaran palsu dan Seksyen 60 Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan kuasa menahan kenderaan yang disyaki melakukan kesalahan untuk mencegah daripada melakukan kesalahan berulang.

“Walaupun aktiviti samseng jalanan  di Kota Kinabalu agak berkurangan dan terkawal namun masih memerlukan pemantauan berterusan bagi mencegah kegiatan ini dari berleluasa,”katanya.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

 

Komen


Berita Berkaitan