Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,695

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Samseng jalanan akan terus dibanteras

5:04pm 17/01/2016 Leolerry Lajius 474 views Jenayah,Tempatan

M Chandra
KOTA KINABALU: Sebanyak tiga  keping saman Pol 257 dan 30 keping saman 170A dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalulintas ketika OP Samseng Jalanan yang dijalankan di Jalan Coastal, Imago, Jalan Kepayan, Jalan Sulaman dan  Jalan Lintas – Luyang pagi tadi.

Operasi dengan kekuatan seorang pegawai dan 16 orang anggota itu turut menyita  16 buah Motokar dan 10 buah Motosikal yang melakukan kesalahan di bawah  Seksyen  81, Seksyen 108 dan Seksyen  60 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Menurut Ketua Polis Daerah ACP M.Chandra, polis juga menahan dua orang lelaki yang berumur 22 tahun yang ditahan di bawah Seksyen 81 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan seorang lelaki 19 tahun yang ditahan di bawah seksyen 108 Akta Pengangkutan Jalan.

“Sebanyak 28 buah Kenderaan di periksa secara teliti iaitu 18 buah Motokar dan 10 buah Motosikal dan seramai 36 orang diperiksa secara teliti iaitu 30 lelaki dan enam perempuan serta seramai 29 orang di bawa ke Cawangan Narkotik IPD Kota Kinabalu untuk menjalankan  Saringan Ujian Air Kencing. Keputusan kesemua yg di uji Negatif,”katanya.

Tambah beliau, walaupun aktiviti samseng jalanan di Kota Kinabalu agak berkurangan dan terkawal namun perlu pemantauan berterusan bagi mencegah kegiatan ini dari berleluasa.-Oleh  Leolerry Lajius/Sayang Sabah.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan