Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,652

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Samseng jalanan akan terus dibanteras

11:44am 06/06/2016 Leolerry Lajius 2939 views Jenayah,Tempatan
Antara kenderaan yang disita dalam operasi berkenaan.

Antara kenderaan yang disita dalam operasi berkenaan.

KOTA KINABALU:Sebuah motorsikal dan lima motorkar di sita di bawah Seksyen 60 Akta Pengangkutan Jalan 1987  dalam Op Samseng Jalanan yang dilaksanakan di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu, Jalan UMS dan Likas.

Operasi yang melibatkan seorang pegawai dan enam anggota itu turut mengeluarkan lima keping saman Pol 257 atas pelbagai kesalahan lalulintas.

Ketua Polis Daerah ACP M.Chandra berkata, sebanyak 36 buah kenderaan dan melibatkan 40 individu yang diperiksa sepanjang operasi berkenaan.

“Seramai dua individu juga turut  didapati positif alkohol dan telah dibawa ke Balai Trafik IPD Kota Kinabalu untuk tindakan lanjut,”katanya.

Chandra turut menyatakan, MCOPS juga turut digunakan untuk pemeriksaan Sistem PDRM (saman), waran tangkap dan sistem JPJ.

Tambah Chandra, walaupun aktiviti samseng jalanan di Kota Kinabalu agak berkurangan dan terkawal namun masih memerlukan pemantauan berterusan bagi mencegah kegiatan ini dari berleluasa.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan