Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

sampainya hatimu

sampai hati

Minnesota : Seorang jururawat mengaku salah membunuh tunangnya dengan kejam apabila mengikat leher lelaki itu kepada kenderaan SUV sebelum mengheretnya di jalan terpencil.

Jessica Kilde, 33, akan dijatuhkan hukuman pada 16 Mac ini selepas ibu beranak satu itu mengaku menjerut leher Richard Baity, 41, pada belakang kenderaan berkenaan, Ogos lalu.

Lelaki itu kemudian diheret dari jalan masuk rumahnya ke jalan berhampiran dan ditemui 46 meter dari situ.

Jessica mengaku berselisih faham dengan Baity pada malam sebelumnya. Mereka juga mabuk dan menghisap dadah sebelum itu.

Mahkamah diberitahu, pada jam 10.30 malam, 15 Ogos lalu, polis menerima panggilan kecemasan selepas mayat Baity ditemui di tepi jalan.

Leher Baity menunjukkan kesan dijerut, malah tali yang digunakan ditemui tidak jauh dari mayatnya yang juga nampak seperti diheret.

Jessica pula dilihat memandu sebuah SUV dengan sebahagian tali digunakannya masih terikat pada pintu penumpang belakang.-Agensi

Komen


Berita Berkaitan