Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Sampaikan dasar kerajaan dengan betul, tepat

Nizam bersalaman dengan tetamu yang hadir.
Nizam bersalaman dengan tetamu yang hadir.

TAWAU – Program Semarak Rakyat Komuniti 1Malaysia membolehkan dasar kerajaan di sampaikan secara tepat dan betul bagi memastikan ia dapat didengar oleh masyarakat di peringkat akar umbi.

Menteri Belia dan Sukan negeri, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata, sehubungan itu, program umpama ini perlu dipergiatkan lagi bagi membantu mendekatkan agensi kerajaan dan swasta untuk mendengar suara hati masyarakat.

“Pemimpin negara sedang giat melaksanakan pelbagai dasar untuk mencapai impian ini. Dasar yang dilaksanakan itu bertujuan mempersiapkan rakyat, khususnya masyarakat di luar bandar di Sabah ini,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Penutupan Program Semarak Rakyat Komuniti 1Malaysia Peringkat Daerah Tawau 2015 di Taman Sawit Balung, di sini, malam tadi.

Teks ucapan beliau telah disampaikan oleh Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan.

Tawfiq yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas berkata, penyebarkan maklumat yang tidak tepat dan palsu kepada rakyat melalui media sosial, memerlukan pemimpin memastikan maklumat tersebut adalah sahih dan benar sebelum dikongsikan dalam laman sosial.

“Ia adalah bagi memastikan dasar kerajaan boleh di sampaikan sehingga ke akar umbi dengan betul, tepat lagi sahih agar masyarakat benar-benar memahami setiap agenda yang ingin direncanakan oleh kerajaan sedia ada,” ujarnya. – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan