Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,636

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Sampah Angkasa

11:25am 28/09/2016 Pak Roshan 6488 views Global
i PENDUDUK melihat satu objek misteri berbentuk silinder yang menghempap sebuah kandang kambing. - Agensi

i PENDUDUK melihat satu objek misteri berbentuk silinder yang menghempap sebuah kandang kambing. – Agensi

Jakarta: Beberapa objek misteri yang jatuh dari langit di sebuah kampung di sini dipercayai sampah angkasa seperti serpihan satelit dan roket yang berlegar di orbit bumi.

Pengarah Lembaga Penerbangan dan Angkasa Nasional (LAPAN), Thomas Djamaluddin memberitahu, objek berkenaan bukannya komponen pesawat tetapi kemungkinan sampah angkasa yang jatuh ke bumi.

“Pada Ahad lalu ada sampah angkasa iaitu sisa roket satelit yang dilancarkan 31 Mac 2003 dikesan melintasi Madura.

“Kamu juga mengesan serpihan roket Falcon 9 milik syarikat SpaceX yang melintasi Madura pada hari yang sama,” katanya ketika dihubungi Kompas.com.

Kemungkinan sampah angkasa ini tidak musnah ketika masuk ke atmosfera dan jatuh ke kampung berkenaan.

Pakar astronomi, Ma’rufin Sudibyo juga berpendapat objek berkenaan mungkin serpihan roket Falcon 9 yang membawa satelit JCSAT-16 pada 14 Ogos lalu.

“Serpihan roket ini dikesan melintasi Madura pada jam 9.17 pagi (waktu tempatan) pada Ahad lalu,” jelasnya.

Kata Thomas, pihaknya akan menghantar pegawai untuk menyiasat serpihan misteri yang ditemui jatuh di desa Lombang di Semenep.

Dalam kejadian Ahad lalu, penduduk kampung berkenaan gempar selepas mendengar bunyi dentuman kuat sebelum melihat objek terbakar jatuh dari langit.

Sehingga kini, sebanyak empat objek misteri ditemui penduduk jatuh di tiga lokasi di kampung berkenaan.

Objek paling besar, iaitu satu silinder berwarna hitam menghempap sebuah kandang kambing milik penduduk kampung. – Agensi/HMetro

ANTARA serpihan misteri yang ditemui penduduk. - Agensi

ANTARA serpihan misteri yang ditemui penduduk. – Agensi

ANTARA serpihan misteri yang ditemui penduduk. - Agensi

ANTARA serpihan misteri yang ditemui penduduk. – Agensi

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan