Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

SAMORA cadang program berkembar bantu belia Rungus

 Jelani menerima cenderamata daripada Normah di majlis itu.
Jelani menerima cenderamata daripada
Normah di majlis itu.

KOTA MARUDU: Persatuan Momogun Rungus Sabah (SAMORA) sedang  mengkaji kemungkinan untuk mengadakan kolej bagi mengadakan “twinning” program bersama universiti atau kolej swasta, kata Presidennya Datuk’Jelani Hamdan.

Katanya, ini bagi memberi peluang kepada golongan belia kaum Rungus khususnya di kawasan Matunggong melanjutkan pelajaran  mereka.

“Setidak-tidanya kita akan mengadakan kerjasama dengan  universiti atau kolej untuk tujuan membantu meningkatkan taraf pendidikan belia di Matunggong”,katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan penutupan Program  Pembangunan Bengkel Kerjaya Belia anjuran Saito College di Dewan Terbuka Matunggong, dekat sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Matunggong itu berkata, pihaknya merancang untuk mengadakan Hari Kerjaya dengan  mempelawa penyertaan banyak universiti dan kolej untuk turun padang bersama masyarakat.

“Dengan demikian masyarakat luar bandar khususnya belia akan mendapat maklumat berhubung kursus atau pengajian yang ditawarkan disamping peluang kerjaya yang boleh mereka ceburi”, tambahnya.

Jelani berkata, belia di kawasan luar bandar perlu berusaha melengkapkan diri dengan ilmu dan kemahiran yang berguna bagi membolehkan mereka mampu bersaing.

“Saya menyeru kepada para belia di kawasan luar bandar khususnya di Matunggong agar merebut peluang yang disediakan kerajaan untuk menuntut ilmu dan pelajaran setinggi yang boleh disamping kemahiran yang mempunyai permintaan tinggi.

“Dengan memiliki ilmu dan kemahiran, belia di kawasan luar bandar mampu bersaing dan memperolehi pekerjaan yang lebih baik bagi menjamin masa depan diri dan keluarga mereka”, tegasnya.

Sementara itu, Jelani yang turut merasmikan Hari Keluarga dan Mesyuarat Agong Persatuan Ibu Tunggal Matunggong (PITM) telah menyalurkan sumbangan sebanyak RM3000.00 untuk membantu membiayai aktiviti persatuan itu, disamping RM5000.00 untuk untuk aktiviti seterusnya.

“Sumbangan dan bantuan tersebut dibiayai oleh saya sendiri menggunakan gaji selaku ADUN Matunggong”, katanya.

Jelani menggesa ibu-ibu tunggal agar menyertai persatuan kerana menerusi PITM lebih banyak aktiviti berbentuk kebajikan dan ekonomi dapat diadakan demi membela nasib mereka.

Turut hadir di majlis itu ialah Pengerusi PITM, Puan Normah Tukaron.- Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan