Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,702

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

SAMORA anjur Festival Magahau kali ke-2

11:52am 12/07/2016 Elezebeth Esther Onjining 74 views Pelancongan,Tempatan
Jelani (empat dari kiri) menyerahkan watikah perlantikan kepada Duta SAMORA, Claryssa (kanan). Foto Alex Mairin/ SayangSabah

Jelani (empat dari kiri) menyerahkan watikah perlantikan kepada Duta SAMORA, Claryssa (kanan). Foto Alex Mairin/ SayangSabah

KOTA KINABALU- Persatuan Momogun Rungus Sabah (SAMORA) akan menganjurkan Festival Magahau 2016 pada 31 Julai tahun ini di daerah Matunggong.

Menurut Presiden SAMORA merangkap Adun Matunggong, Dato’ Jelani Hamdan, festival tersebut bertujuan menunjukkan rasa kesyukuran atas kejayaan yang dicapai masyarakat Rungus pada tahun sebelumnya.
“Ia merupakan kali kedua festival tersebut diadakan selepas diperkenalkan dan diiktiraf di peringkat kerajaan negeri tahun lalu,”katanya kepada pemberita ketika seidang akhbar sempena Pesta Magahau Rungus 2016 di Muzium sabah, disini, semalam.
Disamping itu, beliau turut berkata bahawa terdapat beberapa aktiviti akan dijalankan sepanjang festival tersebut.
Diantaranya ialah pertandingan mereka baju tradisi kaum Rungus, pertandingan Sukan Tradisi atau Pertandingan Hontira, petandingan menyanyi dan Pertandingan Gimpuhut (Pertandingan Ratu Cantik).
Walaubagaimanapun, katanya, Festival Magahau tersebut berbeza daripada Pesta menuai yang sinonim dengan budaya kaum KadazanDusun dan Murut di negeri ini.
“Pesta ini lebih menekankan kemahiran seperti menenun dan bukan sahaja bahasa ibunda kaum Rungus semata-mata.
“Ini tidak bermakna kita menolak pemodenan, akan tetapi kita ingin mengetengahkan tradisi kaum ini iaitu dengan mengajar kemahiran tradisional kepada generasi muda,”katanya.
Hadir sama, Duta SAMORA dan Rungus, Claryssa Henry serta Ahli Majlis Tertinggi SAMORA. -Elezebeth Esther/SayangSabah
Duta SAMORA, Claryssa Henry. Foto Alex Mairin/SayangSabah

Duta SAMORA, Claryssa Henry. Foto Alex Mairin/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan