Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Sammy tidak puas hati dengan perkhidmatan Air Asia

Antara kerosakan bagasi yang dialami oleh Sammy
Antara kerosakan bagasi yang dialami oleh Sammy

KOTA KINABALU- Penggiat seni, Sammy Arrifin menyatakan rasa ketidakpuasan hati beliau kepada media berkenaan dengan perkhidmatan yang diberikan oleh Syarikat Penerbangan Air Asia.

Sehubungan itu, Sammy menyeru kepada semua pekerja di Syarikat Penerbangan Air Asia terutamanya pekerja yang mengurus bagasi- bagasi para penumpang agar memastikan kesemua beg bagasi di bawah jagaan mereka berada dalam keadaan yang baik pada setiap masa.

“Walaupun terdapat sesetengah daripada penumpang tidak membeli insurans yang telah disediakan oleh syarikat tersebut, ini tidak bermakna mereka mempunyai hak untuk merosakkan harta benda kami”, kata Sammy

Beliau berkata demikian kepada media dalam satu sidang media di Restoran Salim, Lintas Plaza, pagi tadi.

Menurut Sammy, salah sebuah beg beliau yang berisikan beberapa pasang kasut untuk membuat persembahan di Pulau Pinang telah rosak.

Setelah siasatan dilakukan oleh pihak Air Asia, beg yang berisi kasut tersebut jatuh dari troli membawa beg dan telah dilanggar oleh troli yang sama.

“Semasa saya ingin melaporkan tentang kejadian tersebut, pekerja yang tengah bertugas di kaunter tersebut bertanya sama ada saya ada membeli insurans atau tiada”, tambahan beliau.

Tambahan Sammy lagi, beliau hanya diberi sekeping borang untuk membuat tuntutan insurans dan laporan tentang kejadian tersebut dan hanya diberi tempoh sebulan untuk menuntut insurans itu.

Menurut Sammy lagi, kejadian yang sama telah menimpa beliau apabila ketika beliau ingin mengambil beg bagasi beliau.

“Pada ketika itu, saya terlihat beg saya yang mana pemegangnya telah putus dan benda yang sama terjadi dengan beg saya yang satu lagi”, katanya

Sammy berkata lagi, sebelum beliau berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2), beliau telah memastikan bahawa keadaan bagasi tersebut dalam keadaan baik dan telah dilekatkan pelekat “Mudah Pecah”. Oleh Elezebeth Esther/Sayang Sabah

Sammy (tengah) meluahkan rasa tidak puas hati beliau kepada para media
Sammy (tengah) meluahkan rasa tidak puas hati beliau kepada para media

Komen


Berita Berkaitan