Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,650

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Sami jadi patung emas

9:36am 30/04/2016 Pak Roshan 1552 views Global
MUMIA disapu lakuer.

MUMIA disapu lakuer.

Beijing: Mayat seorang sami Buddha yang disanjung pengikutnya dijadikan mumia emas, empat tahun selepas kematiannya.

Fu Hao mati pada 2012 selepas menghabiskan hampir seluruh hidupnya di Kuil Chongfu yang terletak di atas bukit di bandar Quangzhou, tenggara China.

Kuil berkenaan mengambil keputusan untuk menjadikan Fu Hou mumia sebagai menghargai pengorbanannya terhadap ajaran Buddha.

Amalan menjadikan mumia hanya dikhususkan kepada mereka yang dianggap ‘alim’ di kawasan yang kuat dengan tradisi Buddha itu.

Sejurus selepas mati, mayat Fu Hou dibasuh dan dirawat oleh dua pakar mumia sebelum diletakkan di dalam tempayan dalam keadaaan duduk, kata penjaga kuil, Li Ren.- Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan