Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,690

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Sambutan ulang tahun UMNO Feb 22 depan

8:42am 14/01/2016 Ann Vivien 49 views Berita Pilihan,Tempatan,YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman
Musa (middle) speaking to his deputy Datuk Seri Yahya Hussin during the meeting

Musa (tengah) berbincang dengan timbalannya Datuk Seri Yahya Hussin

KOTA KINABALU: UMNO Sabah akan mengadakan sambutan ulang tahun ke-25 penubuhan parti itu di negeri ini di Pejabat Perhubungan UMNO Negeri pada 22 Feb depan.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata sambutan secara sederhana itu akan disertai semua 25 bahagian UMNO negeri dan dimulakan dengan tahlil diikuti solat Maghrib.

“Selepas itu, perjumpaan dengan semua wakil bahagian akan diadakan,” kata  Musa yang juga Ketua Menteri Sabah selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan UMNO negeri di sini, malam ini.

Turut hadir Setiausaha Badan Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Yahya Hussin dan Bendahari Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Hajiji Mohd Noor.

Mengenai mesyuarat itu, Musa berkata UMNO Sabah itu akan mengadakan program Membara (Membantu Rakyat) bagi memperkasa parti di semua bahagian setiap bulan.

“Tahun lepas, UMNO Sabah muncul juara Anugerah Membara. Saya harap kita dapat lagi anugerah itu tahun ini,” katanya.- BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan